Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 14, 2023 15:47 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.
1. China raih tumpuan, bukti kemampuan jadi pengaman
Langkah yang diambil China menjadi orang tengah, dan membaikpulih hubungan di antara Arab Saudi dan Iran mendapat perhatian masyarakat dunia.
2. Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak tamatkan keganasan di Myanmar - SAC-M
Majlis Keselamatan PBB harus mengambil tindakan untuk memastikan kerajaan tentera Myanmar mematuhi Resolusi 2669 yang diterima pakai tahun lepas untuk menamatkan keganasan dan memulihkan demokrasi.
3. Malawi: Angka kematian akibat Siklon Freddy cecah 99
Kalemba berkata hampir 150 orang mengalami kecederaan serius di 10 daerah yang terjejas teruk akibat taufan itu.
4. Polis Thailand tahan lima lelaki tempatan terlibat kes bunuh di Narathiwat
Polis menemui tiga mayat lelaki dengan beberapa kesan tembakan dalam but kereta yang ditemui dalam tasik pada 21 Februari lepas.
5. ICC rancang buka pertuduhan jenayah perang terhadap Rusia - Laporan
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan membuka dua pertuduhan jenayah perang terhadap Rusia yang dikaitkan dengan pencerobohan terhadap Ukraine.
6. Kerabat Diraja Britain zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh
Kemenangan yang diraih Michelle turut memberi makna kepada kesatuan Komanwel, kata keluarga diraja itu.
7. Ukraine jangka eksport pertanian melebihi US$20 bln tahun ini
Pengeluaran bijirin bagaimanapun, akan menurun tahun ini kerana petani Ukraine memberi tumpuan kepada penanaman biji minyak.
8. Presiden baharu Nepal angkat sumpah jawatan
Poudel mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan di hadapan pemangku Ketua Hakim Negara Hari Krishna Karki di Pejabat Presiden.
9. Ribuan penyokong Imran Khan adakan Perhimpunan
Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan perhimpunan bagi memberi sokongan kepadanya susulan mahkamah mengeluarkan dua lagi waran tangkap.
10. Iran beri pengampunan kepada lebih 22,000 individu
Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei setuju beri pengampunan kepada mereka yang terlibat protes anti-kerajaan.
#Arab Saudi #Imran Khan #PBB #Ukraine #Thailand #Pakistan #Myanmar #Nepal #China #Rusia #Iran