awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand tahan lima lelaki tempatan terlibat kes bunuh di Narathiwat

Bernama
Bernama
14/03/2023
05:54 MYT
Polis Thailand tahan lima lelaki tempatan terlibat kes bunuh di Narathiwat
Kelima-lima lelaki warga tempatan itu ditahan Polis Thailand di sebuah rumah di ladang kelapa sawit pada 23 Februari lepas. - Gambar hiasan
NARATHIWAT: Polis Thailand menahan lima lelaki terlibat dalam kes bunuh empat lelaki di Narathiwat dengan motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan dadah.
Ketua Polis Daerah Narathiwat, Pol. Mej. Jen Anurut Im-arb berkata polis menemui tiga mayat lelaki dengan beberapa kesan tembakan dalam but sebuah kereta yang ditemui dalam sebuah tasik pada 21 Februari lepas.
Beliau berkata satu lagi mayat lelaki dengan kesan tembakan ditemukan orang awam tersangkut di celah batu di sungai di Daerah Weng sehari kemudian.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kawasan berdekatan, beliau berkata polis berjaya mengesan kelima-lima suspek.
Kelima-lima lelaki warga tempatan itu berusia antara 19 dan 38 tahun ditahan di sebuah rumah di ladang kelapa sawit pada 23 Februari lepas.
Tiga daripada suspek itu terlibat membunuh empat mangsa itu dan dua lagi terlibat dalam membuang mayat mangsa, katanya.
"Polis turut merampas pistol, peluru serta kereta yang dipercayai digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa.
"Siasatan mendapati keempat-empat mangsa ditembak di ladang kelapa sawit sebelum mayat mereka dibuang di dua lokasi," katanya pada satu sidang media.
Beliau menambah tangkapan kelima-lima suspek diumumkan selepas pengesahan keputusan DNA dan bukti.
Anurut berkata polis masih menjejaki dua lagi lelaki berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Narathiwat
#mayat dalam but kereta
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan