Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 4, 2023 15:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 April 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 April 2023.
1. Seorang maut, 30 cedera selepas kereta api penumpang tergelincir di Belanda
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 30 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir dari landasan selepas melanggar kren pembinaan di Voorschoten, di wilayah barat Belanda.
2. Pilihan Raya Umum Thailand: 3,990 calon mendaftar pada hari pertama pencalonan
Proses pendaftaran akan dibuka sehingga Jumaat dengan calon wakil parti masing-masing mendaftar bermula Selasa.
3. Bekas perdana menteri NZ dilantik utusan khas tangani keganasan
Ardern menolak untuk menerima sebarang imbuhan sebagai utusan khas dan akan memulakan tugasnya pada 17 April.
4. 2 terbunuh selepas Israel serang kawasan tentera Syria
Serangan peluru berpandu Israel di kawasan tentera di Damsyik pada Selasa membunuh dua orang awam, lapor Xinhua memetik kenyataan tentera Syria.
5. McDonalds tutup pejabat di AS menjelang penamatan perkhidmatan
McDonald's telah menutup pejabatnya di Amerika Syarikat selama beberapa hari sebelum memaklumkan mengenai pemberhentian kakitangannya, lapor Xinhua.
6. Kebakaran musnahkan ribuan kedai di Bangladesh
Kebakaran awal pagi Selasa telah memusnahkan beribu-ribu kedai di sebuah kompleks beli belah di Dhaka, Bangladesh.
7. Erdogan jadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran Turkiye
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menjadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran negara itu pada Isnin.
8. Australia haramkan TikTok pada peranti rasmi
Kerajaan Australia pada Selasa memutuskan untuk melarang pegawainya menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok pada peranti masing-masing.
9. Rusia tegaskan ia tidak ancam lancarkan perang nuklear
Rusia tegaskan ia tidak pernah mengancam untuk melancarkan perang nuklear.
10. Perancis bakal bentang draf rang undang-undang benarkan Euthanasia
Perancis bakal bentang draf undang-undang untuk membenarkan Euthanasia di negara itu.
#antarabangsa #euthanasia #Bangladesh #TikTok #kereta elektrik #pilihan raya thailand #Jacinda Ardern #kereta api tergelincir