awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McDonalds tutup pejabat di AS menjelang penamatan perkhidmatan

Bernama
Bernama
04/04/2023
10:16 MYT
McDonalds tutup pejabat di AS menjelang penamatan perkhidmatan
McDonald's melaporkan jualan globalnya meningkat hampir 11 peratus pada 2022, manakala jualan di Amerika Syarikat meningkat hampir enam peratus. - Gambar AFP/ Mira Oberman
CHICAGO: McDonald's telah menutup pejabatnya di Amerika Syarikat selama beberapa hari sebelum memaklumkan mengenai pemberhentian kakitangannya, lapor Xinhua.
Media tempatan pada Isnin memetik e-mel dalaman syarikat rangkaian makanan segera yang berpangkalan di Chicago sebagai berkata bahawa kakitangan korporat AS dan beberapa pekerja di luar negara harus bekerja dari rumah sementara menunggu maklum balas mengenai status perkhidmatan mereka.
McDonald's akan memaklumkan kepada pekerjanya minggu ini tentang keputusan mengenai penamatan kakitangan sebagai sebahagian daripada program penstrukturan "Accelerating the Arched" yang diumumkan pada awal Januari, yang lebih terarah kepada "penghantaran, 'Drive Thru', digital dan pembangunan".
Gergasi makanan segera itu mempunyai lebih daripada 150,000 pekerja dalam sektor korporat.
Kira-kira 70 peratus daripada pekerja terbabit berpangkalan di luar Amerika Syarikat.
McDonald's melaporkan jualan globalnya meningkat hampir 11 peratus pada 2022, manakala jualan di Amerika Syarikat meningkat hampir enam peratus.
Penamatan perkhidmatan kakitangan semakin meningkat di Amerika Syarikat, terutamanya membabitkan sektor teknologi.
IBM, Microsoft, Amazon, Salesforce, Meta, Twitter dan DoorDash telah mengumumkan pemberhentian pekerjanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Rizab Persekutuan sebelum ini meramalkan bahawa kadar pengangguran AS mungkin meningkat kepada 4.6 peratus menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Twitter
#McDonalds
#makanan segera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan