Skip to main content

Dunia

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

41680607592_TBBERITAx.jpg
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Mei 2023.

1. 274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja

Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.

2. 3 krew diculik, kapal kargo pukal AS diserang lanun di Teluk Guinea

Kapal kargo pukal Amerika Syarikat (AS) diserang dan tiga anak kapalnya termasuk kapten diculik di luar pantai Gabon di Teluk Guinea, menurut agensi maritim pada Rabu.

3. OIC adakan mesyuarat tergempar bincang perkembangan di Sudan

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu mengadakan mesyuarat tergempar di Jeddah bagi membincangkan perkembangan mutakhir di Sudan.

4. Gencatan senjata di Sudan selama 7 hari bermula hari ini

Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari - yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) di Afrika Timur - bermula 4 Mei.

5. OIC kecam serangan ke atas pejabat kebudayaan Saudi di Sudan

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu mengecam tindakan menyerbu bangunan atase kebudayaan Arab Saudi di Sudan.

6. Gempa bumi sederhana landa Luzon, Filipina

Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

7. Israel harap Arab Saudi benarkan penerbangan terus haji

Permintaan Israel agar umat Islam negara itu dibenarkan ke Tanah Suci tanpa melalui negara ketiga dapat perbaiki hubungan dengan Arab Saudi.

8. WEF beri amaran 14 juta pekerjaan akan hilang 5 tahun lagi

Gangguan besar akan berlaku apabila lebih banyak syarikat mengguna pakai teknologi AI dan ekonomi global bertambah buruk.

9. Banjir di Rwanda ragut 127 nyawa

Bencana alam itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari di negara itu.

10. Remaja 13 tahun tembak mati lapan kanak-kanak, pengawal keselamatan sekolah

Suspek didakwa telah menggunakan senjata ayahnya dalam insiden yang turut menyebabkan beberapa lagi mangsa cedera.

Advertisement

Must Watch Video