Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.

1. UK umum gelombang baharu sekatan terhadap Rusia

Perdana Menteri Britain Rishi Sunak berkata pada Jumaat, sekatan terbaharu yang dikenakan terhadap Rusia adalah untuk memastikan Moscow menanggung akibatnya terhadap operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

2. Sidang Kemuncak Liga Arab terima pakai Deklarasi Jeddah

Sidang Kemuncak Liga Arab ke-32 yang berakhir pada Jumaat menerima pakai Deklarasi Jeddah yang menyeru perpaduan untuk menyelesaikan isu serantau, lapor Xinhua.

3. Malaysia cadang beli bijirin Rusia untuk makanan haiwan - Menteri Pertanian

Malaysia mengiktiraf kualiti bijirin Rusia dan merancang untuk membelinya bagi pengeluaran makanan haiwan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

4. Siklon Mocha: ASEAN hantar bantuan kemanusiaan ke Myanmar esok

Bantuan pertama tindak balas kecemasan ASEAN ke Myanmar susulan Siklon Mocha akan dihantar esok menggunakan pesawat komersial, menurut Kementerian Luar Indonesia.

5. Dua gempa bumi kuat landa Kepulauan Loyalty

Dua gempa bumi kuat berukuran 6.0 dan 7.3 pada skala Richter dikesan berlaku di tenggara Kepulauan Loyalty pagi tadi.

6. Berita Elon Musk hasilkan Robot Isteri palsu

Satu laporan berita kononnya Elon Musk dan syarikatnya sedang berada di peringkat akhir dalam pengeluaran produk humanoid Isteri Robot kini dikongsi secara meluas di media sosial.

7. 100,000 maut di AS akibat ambil dos dadah berlebihan pada 2022

Lebih 100,000 rakyat Amerika maut akibat mengambil dos dadah berlebihan pada 2022, lapor Xinhua berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

8. Separuh tasik, takungan air terbesar di dunia semakin mengering

KAJIAN terbaharu mengenai cuaca semasa global mendedahkan lebih separuh daripada tasik dan takungan terbesar di dunia semakin susut paras airnya.

9. Tolak polis geledah rumah, Imran Khan tetapkan beberapa syarat

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menolak kebenaran polis untuk menggeledah rumahnya di Lahore untuk mencari suspek yang terlibat dalam serangan ke atas bangunan negeri dan tentera.

10. Meta terus berhentikan pekerja minggu depan

SYARIKAT teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Meta akan memulakan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan selepas penamatan perkhidmatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.