DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Jun 2023.
Para pemimpin industri penerbangan global sedang berkumpul di Istanbul, Turki untuk Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) ke-79 dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia yang berlangsung dari 4 hingga 6 Jun.
Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh manakala 900 lagi cedera akibat kemalangan kereta api di wilayah Odisha India pada petang Jumaat, menurut ciapan ketua setiausaha wilayah Pradeep Jena, di Twitter.
Pegawai peringkat tinggi dari 78 negara dijadual menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan sepenuhnya semua dakwaan dan sindiran yang dilemparkan peguam kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut Kumpulan Sulu), Paul H Cohen.
Misteri kehilangan seorang budak lelaki ketika berada di bawah pengawasan bapa saudaranya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam sebuah mesin basuh.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lawatan kerja beliau ke Paris baru-baru ini berupaya mengekalkan momentum positif, mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Perancis serta melipatgandakan usaha ke arah itu.
Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.
Tentera Korea Selatan meneruskan operasinya Ahad untuk mengesan dan mendapatkan serpihan roket Korea Utara yang terhempas di Laut Kuning awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.
Beberapa pemimpin asing menzahirkan ucapan takziah susulan angka kematian akibat kemalangan kereta api di timur India kini mencecah hampir 300 orang.
10. Dialog Shangri-La: Persidangan Meja Bulat mengesahkan semula "kepentingan dialog terbuka dan jujur"
Para menteri yang menghadiri persidangan Meja Bulat Menteri-menteri, pada sesi Dialog Shangri-La (SLD) mengesahkan semula "pentingnya dialog terbuka dan jujur, serta menjunjung perintah berasaskan peraturan antarabangsa."
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami