awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan teruskan operasi dapatkan serpihan roket pengintip Korea Utara

Bernama
Bernama
03/06/2023
11:41 MYT
Korea Selatan teruskan operasi dapatkan serpihan roket pengintip Korea Utara
Dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita kira-kira 5.30 petang waktu tempatan, tentera berkata ia akan menangguhkan operasi berikutan arus deras dan disambung semula Ahad. - Gambar fail/Reuters/Yuriko Nakao
SEOUL: Tentera Korea Selatan meneruskan operasinya Ahad untuk mengesan dan mendapatkan serpihan roket Korea Utara yang terhempas di Laut Kuning awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.
Dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita kira-kira 5.30 petang waktu tempatan, tentera berkata ia akan menangguhkan operasi berikutan arus deras dan disambung semula Ahad.
"Bergantung kepada kemajuan operasi, kami boleh mendapatkan serpihan roket seawal esok (Ahad)," katanya.
Korea Utara melancarkan roket pembawa satelit pada Rabu tetapi terhempas ke dalam laut kerana enjin peringkat kedua tidak beroperasi secara normal, lapor media Korea Utara.
Pasukan penyelam memasang tali pada serpihan roket sepanjang 15 meter, yang tenggelam pada kedalaman 75 meter dari dasar laut.
Chollima-1, dianggarkan sepanjang antara 29 hingga 30 meter dan tiga kapal penyelamat telah dikerah untuk melaksanakan operasi itu.
Serpihan yang dikesan oleh tentera Korea Selatan pada hari Rabu dipercayai merupakan serpihan roket peringkat kedua dan ketiga pelancar.
Pegawai berkata terdapat kemungkinan untuk menemui satelit peninjau tentera, Malligyong-1, yang dipasang pada roket itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Serpihan roket
#pasukan penyelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan