Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 5, 2023 15:35 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.
1. Nepal digesa perketat peraturan mendaki untuk kurangkan kes kematian di Everest
Terdapat banyak pengendali membawa pelanggan mereka ke Everest namun tidak memahami cara untuk menghindari atau bertindak apabila terjadi kemalangan.
2. 77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad.
3. Pra-UNHA: Isu dana dan pembiayaan jadi perdebatan hangat
Isu kewangan bagi membiayai masalah perbandaran dan penempatan mencuri perhatian dalam sesi meja bulat perniagaan pada pra-Perhimpunan UN-Habitat (UNHA) kedua yang berlangsung di Nairobi.
4. IATA mahu lebih banyak negara dakwa penumpang tidak terkawal
Insiden penderaan fizikal kekal amat jarang berlaku tetapi ia mencatatkan peningkatan yang membimbangkan sebanyak 61 peratus berbanding 2021, berlaku sekali untuk setiap 17,200 penerbangan.
5. Ratusan ditahan ekoran situasi politik tegang di Senegal
Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.
6. Dunia sudah tiada masa, Perhimpunan UN-Habitat fokus 5 perkara utama untuk bertindak
Masyarakat dunia sudah tiada masa untuk merancang dan mencari penyelesaian dalam isu perbandaran kerana hakikatnya dunia mengalami krisis terbesar yang dihadapi secara serentak.
7. Lori bawa penumpang terbalik, 25 maut termasuk pemain, penyokong bola sepak
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Karonga, sebuah daerah di utara Malawi, pada Sabtu.
8. Bekas PM New Zealand Jacina Ardern dilantik sebagai Dame
Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.
9. Jambatan merentasi Sungai Ganga sedang dibina runtuh buat kali kedua
Jambatan dengan kos pembinaan hampir RM1 juta itu merupakan jambatan empat lorong yang dibina antara Sultanganj di Bhagalpur dan Aguwani di daerah Khagaria, runtuh buat kali kedua.
10. Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi
Selepas lebih enam bulan bertugas di stesen angkasa lepas, tiga angkasawan China kembali dengan selamat ke bumi pada Ahad.
#Afghanistan #bola sepak #Nepal #New Zealand #Jacinda Ardern #China #UN-Habitat #IATA