DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.
Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia selama dua hari mulai hari ini, mampu memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara serta menyelesaikan isu-isu yang tertangguh.
Ribuan penduduk Australia Selatan alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
2. Ribuan penduduk di Australia Selatan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir melanda negeri itu yang menyasikan lebih 65,000 kilat direkodkan berlaku dalam tempoh 24 jam pada Rabu, lapor Xinhua.
Beribu-ribu penduduk sedang dipindahkan oleh pasukan keselamatan selepas sebuah empangan runtuh di Ukraine yang dikuasai oleh Rusia.
Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward, mendedahkan pada Selasa bahawa beliau telah memindahkan sahamnya dalam firma media Thailand yang tidak lagi beroperasi, iTV Plc, kepada pewaris lain sebagai usaha mengatasi sebarang halangan untuk menjadi Perdana Menteri.
Jepun mula menyalurkan air laut ke dalam terowong yang dibina untuk melepaskan air tercemar nuklear ke lautan daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah, Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.
Ketika dunia berdepan pelbagai krisis berganda pada ketika ini, ramai beranggapan bahawa penyelesaiannya bergantung kepada aspek kewangan.
Kedutaan Iran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, telah dibuka semula, seperti yang dilaporkan oleh Al Arabiya pada Selasa.
Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu dan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel Kritenbrink mengadakan perbincangan membina mengenai usaha meningkatkan hubungan dua hala dan mengurus perselisihan antara kedua-dua belah pihak.
Jepun akan menjemput pemimpin ASEAN ke sidang kemuncak khas memperingati ulang tahun ke-50 hubungan mereka di Tokyo pada Disember tahun ini.
Dua mangsa maut sementara lima lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah taman di Richmond, Virginia, pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami