DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.
1. Kunjungan Jokowi perkukuh hubungan, selesai isu tertangguh - Zambry
Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia selama dua hari mulai hari ini, mampu memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara serta menyelesaikan isu-isu yang tertangguh.
2. Ribuan penduduk Australia Selatan alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
Ribuan penduduk di Australia Selatan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir melanda negeri itu yang menyasikan lebih 65,000 kilat direkodkan berlaku dalam tempoh 24 jam pada Rabu, lapor Xinhua.
3. Empangan Ukraine runtuh, ribuan penduduk lari selamatkan diri
Beribu-ribu penduduk sedang dipindahkan oleh pasukan keselamatan selepas sebuah empangan runtuh di Ukraine yang dikuasai oleh Rusia.
4. Thailand: Pita Move Forward pindahkan saham medianya kepada pewaris lain
Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward, mendedahkan pada Selasa bahawa beliau telah memindahkan sahamnya dalam firma media Thailand yang tidak lagi beroperasi, iTV Plc, kepada pewaris lain sebagai usaha mengatasi sebarang halangan untuk menjadi Perdana Menteri.
5. Jepun salur air laut ke terowong pelepasan air sisa Fukushima
Jepun mula menyalurkan air laut ke dalam terowong yang dibina untuk melepaskan air tercemar nuklear ke lautan daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah, Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.
6. UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Ketika dunia berdepan pelbagai krisis berganda pada ketika ini, ramai beranggapan bahawa penyelesaiannya bergantung kepada aspek kewangan.
7. Iran buka semula kedutaan di Arab Saudi
Kedutaan Iran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, telah dibuka semula, seperti yang dilaporkan oleh Al Arabiya pada Selasa.
8. Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu dan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel Kritenbrink mengadakan perbincangan membina mengenai usaha meningkatkan hubungan dua hala dan mengurus perselisihan antara kedua-dua belah pihak.
9. ASEAN, Jepun akan perkukuh hubungan semasa sidang kemuncak khas pada Disember
Jepun akan menjemput pemimpin ASEAN ke sidang kemuncak khas memperingati ulang tahun ke-50 hubungan mereka di Tokyo pada Disember tahun ini.
10. Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di majlis graduasi sekolah
Dua mangsa maut sementara lima lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah taman di Richmond, Virginia, pada Selasa.