Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 20, 2023 15:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Jun 2023.
1. Imam Masjid al-Aqsa seru umat Islam bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin
Perjuangan isu Palestin akan terus hidup dan tidak akan berakhir kerana ia adalah perjuangan mempertahankan akidah dan iman ummah.
2. China seru lindungi hak dan kepentingan rakyat Afghanistan
Usaha juga perlu diteruskan untuk menggalakkan pentadbiran Afghanistan yang sederhana dan stabil menerusi dialog dan komunikasi.
3. 5,000 penduduk terlibat apabila Prague tukar nama jalan ekoran perang terhadap Ukraine
Langkah tersebut akan menyusahkan kerana mereka perlu menukar kad pengenalan dan dokumen lain dalam tempoh enam bulan.
4. Presiden Xi terima kunjungan Blinken, harap AS pamer sikap pragmatik
Dunia memerlukan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang stabil pada keseluruhannya, kata Presiden China Xi Jinping.
5. Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.
6. Empat maut dalam insiden tembakan di Idaho, Amerika Syarikat
Seorang suspek ditahan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar kecil di Kellog, Idaho.
7. Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
8. Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu
Syarikat penerbangan terkemuka India mencipta rekod baharu untuk perjanjian pembelian terbesar dalam sejarah penerbangan komersial, umum Airbus pada Isnin.
9. Bangladesh kemuka permohonan sertai BRICS
Bangladesh mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai BRICS, akronim kepada lima kuasa ekonomi sedang pesat membangun iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
10. Eropah alami cuaca panas lebih pantas berbanding benua lain
Eropah mengalami musim panas terpanas pernah direkodkan, mengatasi rekod sebelum ini pada 2021 iaitu 0.3 - 0.4 Celsius.
#Bangladesh #Afghanistan #CEO #COVID-19 #Singapura #Xi Jinping #Palestin #Masjid Al-Aqsa #Rusia #Ukraine #China