ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Julai 2023.

1. Sepanyol umpama 'dalam ketuhar' akibat gelombang haba

Gelombang haba ketiga pada musim panas bermula di Sepanyol, dengan amaran haba dikeluarkan oleh perkhidmatan cuaca negara AEMET berkuat kuasa pada Isnin di 12 daripada 17 komuniti autonomi negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

2. Ukraine teruskan perjanjian bijirin meskipun tanpa jaminan Rusia

Ukraine mengumumkan akan meneruskan perjanjian bijirin bersendirian walaupun tanpa jaminan keselamatan, berikutan Rusia menarik diri daripada perjanjian itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

3. Trafik di Jambatan Crimea kembali pulih - Kerajaan Rusia

Pergerakan kenderaan di Jambatan Crimea kembali pulih, tetapi hanya satu lorong boleh dilalui secara bergilir-gilir, lapor Sputnik memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Rusia Marat Khusnullin.

4. Amaran suhu tinggi untuk lebih 80 juta penduduk Amerika Syarikat

Lebih 80 juta penduduk atau hampir satu pertiga daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) diletakkan dalam amaran haba berikutan gelombang haba melampau yang terus melanda seluruh negara, lapor Xinhua.

5. Poland: Lima terbunuh pesawat ringan langgar hangar

Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland pada Isnin, lapor Xinhua.

6. Presiden Turkiye hadiahkan kereta Togg kepada Putera Mahkota Arab Saudi

Presiden Recep Tayyip Erdogan menghadiahkan sebuah kereta elektrik buatan Turkiye, Togg, kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sempena lawatan beliau ke Istana Al-Salam di Jeddah pada Isnin.

7. Objek misteri terdampar di pantai Australia

Pihak berkuasa Australia sedang meneliti asal usul objek besar yang tidak dikenal pasti terdampar di pantai terpencil di Australia Barat, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

8. 20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung

Pemilik kucing di Poland dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang selepas laporan mengenai sekurang-kurangnya 20 kucing mati akibat selesema burung di Poland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

9. Xi Jinping terima kunjungan Duterte

Presiden China, Xi Jinping, bertemu dengan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di Wisma Tamu Negara, di sini, pada Isnin.

10. Rusia serang Odessa dengan dron, peluru berpandu

Rusia melancarkan serangan udara di wilayah Odessa di Laut Hitam pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pegawai.