awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek misteri terdampar di pantai Australia

Bernama
Bernama
18/07/2023
07:39 MYT
Objek misteri terdampar di pantai Australia
Polis Australia Barat sedang menyelaras siasatan mengenai asal-usul objek silinder diselaputi teritip, yang ditemui di pantai berhampiran Teluk Jurien pada Ahad. - Foto Twitter Australian Space Agency
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia sedang meneliti asal usul objek besar yang tidak dikenal pasti terdampar di pantai terpencil di Australia Barat, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.
Pada Isnin, Polis Australia Barat memaklumkan pihaknya sedang menyelaras siasatan mengenai asal-usul objek silinder diselaputi teritip, yang ditemui di pantai berhampiran Teluk Jurien pada Ahad, kira-kira 250 kilometer ke utara Perth.
"Objek itu mungkin berasal dari kenderaan pelancar angkasa dan kami sedang berhubung dengan rakan sejawatan global yang mungkin dapat memberi lebih banyak maklumat," menurut Agensi Angkasa Australia (ASA) pada Isnin dalam ciapan di Twitter.
"Memandangkan asal usul objek itu tidak diketahui, masyarakat setempat harus mengelak daripada menyentuh atau cuba mengalihkan objek itu."
Agensi berita AAP memetik laporan polis bahawa analisis objek oleh Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan dan Pusat Kimia Australia Barat menentukan item itu selamat dan "tiada risiko semasa kepada masyarakat".
Program Sunrise on 7 memetik kenyataan Pusat Angkasa Antarabangsa di Universiti Australia Barat bahawa objek itu dipercayai dari pelancaran angkasa India pada beberapa bulan lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#objek misteri
#pantai Australia
#Teluk Jurien
#Agensi Angkasa Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan