Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Arena
September 2, 2023 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 September 2023.
1. Selepas bulan, India lancar kapal angkasa kaji matahari
Agensi angkasa lepas India pada Sabtu melancarkan kapal angkasa Aditya-L1 untuk mengkaji matahari.
2. Pengendali saluran YouTube berkonsep keibubapaan didakwa dera anak
SEORANG wanita dari Utah, Amerika Syarikat yang mengendalikan saluran YouTube berkonsep keibubapaan menghadapi tuduhan penderaan dan pengabaian kanak-kanak selepas anak lelakinya melarikan diri dari rumah.
3. Raja Thailand perkenan Kabinet baharu
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn hari ini memperkenankan anggota Kabinet baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.
4. 9 rakyat Palestin cedera di Tebing Barat
Sembilan orang cedera pada Jumaat susulan campur tangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang mengadakan protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, menurut kenyataan Jawatankuasa Penentangan Popular Kfar Qaddum.
5. Perancis tidak berkompromi terhadap larangan abaya di sekolah - Macron
Presiden Perancis pada Jumaat berikrar bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap larangan pakaian yang berlebihan di sekolah.
6. Peguam Trump, 6, yang lain mengaku tidak bersalah atas tuduhan gangguan pilihan raya Georgia
Bekas Datuk Bandar New York City dan peguam Donald Trump, Rudy Giuliani pada Jumaat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjejaskan Pilihan Raya Presiden 2020, bersama enam lagi defendan.
7. Dunia 'secara rasmi masuki era migrasi iklim' - IOM
Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) menggesa penyelesaian segera bagi menangani perubahan iklim dan cabaran mobiliti manusia ketika dunia memasuki "era migrasi iklim."
8. Gempa bumi 6.1 pada skala Richter landa Severo-Kurisk, Rusia
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan 13 kilometer Severo-Kurilsk, Rusia, pada 2049 GMT waktu tempatan Jumaat, menurut Kajian Geologi AS, lapor Xinhua.
9. Jutawan Al Fayed yang juga bapa kekasih Puteri Diana meninggal dunia
Mohamed Al Fayed yang juga bekas pemilik gedung beli-belah masyhur di kota London Harrods dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.
10. Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat.
#berita pilihan #antarabangsa #gangguan pilihan raya #migrasi iklim