awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis tidak berkompromi terhadap larangan abaya di sekolah - Macron

Bernama
Bernama
02/09/2023
05:26 MYT
Perancis tidak berkompromi terhadap larangan abaya di sekolah - Macron
Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kanan) bersama Menteri Pendidika, Gabriel Attal ketika lawatan ke sebuah sekolah di Orange, Perancis. - Gambar REUTERS
ANKARA: Presiden Perancis pada Jumaat berikrar bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap larangan pakaian yang berlebihan di sekolah.
Emmanuel Macron melawat sebuah sekolah di bandar Orange, selatan Perancis, dan beliau mengulas mengenai larangan memakai abaya atau pakaian qamis di sekolah, lapor Agensi Anadolu.
"Sekolah di negara kita adalah sekular dan bebas, tetapi yang paling penting, sekular ... dan tanda keagamaan, apa pun mereka, tidak mempunyai tempat (di sana)," kata Macron, menurut penyiar BFMTV.
Presiden itu menyokong pendirian Menteri Pendidikan Gabriel Attal, dengan berkata: "Kami tidak akan berkompromi dalam topik ini. ... Kami akan mengambil tindakan."
Attal mengumumkan bahawa pelajar yang memakai pakaian tradisional tidak akan menghadiri kelas pada Isnin, apabila sesi persekolahan bermula.
"Mereka (pelajar) akan dialu-alukan ke sekolah dan akan ada perbincangan untuk menerangkan kepada mereka maksud peraturan, mengapa keputusan ini diambil, dan mengapa mereka tidak boleh memakai abaya atau qamis di sekolah," kata Attal.
Kerajaan Perancis telah dikritik kerana menyasarkan umat Islam dengan kenyataan dan dasar yang diamalkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk serbuan ke atas masjid dan yayasan kebajikan, serta undang-undang "anti-separatisme" ke atas masyarakat.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#larang pakai abaya
#sekolah Perancis
#Presiden Emmanuel Macron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan