Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 6, 2023 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
1. IMF cadang tiga langkah untuk ASEAN hadapi cabaran ekonomi
IMF mengesyorkan tiga langkah utama bagi negara anggota ASEAN untuk terus bertahan melalui cabaran ekonomi semasa yang sukar, termasuk tekanan inflasi dan mengetatkan kecairan.
2. Anwar cadang hubungan ekonomi lebih mendalam antara ASEAN dan AS
Perlu ada hubungan ekonomi mendalam antara ASEAN dan Amerika Syarikat, khususnya dalam perjanjian perdagangan dan pelaburan.
3. Kapal angkasa Starship sedia dilancarkan, menunggu kelulusan FAA - Elon Musk
SpaceX sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship.
4. Selamba guna jentolak runtuhkan Tembok Besar China, hanya untuk bina jalan pintas
Kawasan yang diceroboh untuk jalan pintas itu adalah di satu bahagian terpencil dengan struktur temboknya sudah mengalami kesan runtuhan.
5. ASEAN perlu manfaat kepakaran Jepun, Korea Selatan dalam teknologi tenaga - PM Anwar
Hubungan dan pemindahan teknologi antara ASEAN dengan Korea Selatan dan Jepun boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi ekonomi dan kemakmuran rakyat rantau ini.
6. Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.
7. Jokowi mempengerusikan siri mesyuarat ASEAN dengan rakan kongsi
Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual mempengerusikan beberapa siri mesyuarat dengan negara-negara rakan kongsi pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 pada Rabu.
8. Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa
Seorang lelaki didakwa atas serangan menggunakan bahan letupan yang menyasarkan Perdana Menteri Fumio Kishida semasa acara pilihan raya di barat Jepun pada April.
9. Kerjasama ASEAN-China pada masa akan datang harus berlandaskan kepercayaan - PM Anwar
PM Anwar berkata Malaysia berpendirian tegas dalam usaha melindungi kedaulatan negara dan juga rantau ASEAN dari ancaman luar.
10. PM terima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama di Jakarta
Pertemuan itu menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.
#ASEAN #China #Elon Musk #Joko Widodo #Fumio Kishida #Thailand #Tabung Kewangan Antarabangsa #Malaysia #Jakarta