Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 28, 2024 15:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
1. Jepun mula fasa keempat lepas air terawat dari loji nuklear Fukushima
Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO).
2. Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan tiada konvoi bantuan kemanusiaannya sampai di utara Semenanjung Gaza sejak 23 Jan.
3. Kemboja sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia - World Travel Awards
Kemboja sekali lagi dipilih sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia oleh World Travel Awards bagi 2023, kata Menteri Pelancongan negara itu Sok Soken pada Rabu.
4. Penduduk Palestin serbu pantai Gaza selepas pesawat gugur bantuan makanan
Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di pantai di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa selepas pesawat menggugurkan bantuan makanan di wilayah terkepung itu.
5. Sony buang 900 kakitangan PlayStation seluruh dunia
Sony mengumumkan akan membuang 900 tenaga kerja yang bersamaan dengan 8% keseluruhan tenaga kerja Sony Interactive Entertainment.
6. Mark Zuckerberg bincang risiko AI dengan PM Jepun
Ketua Meta, Mark Zuckerberg dilaporkan berbincang dengan risiko generatif kecerdasan buatan (AI) dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semasa lawatan beliau ke negara itu.
7. Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza
Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.
8. Pengarah filem Israel berdepan ugutan bunuh oleh kumpulan sayap kanan
Wartawan dan pembikin filem Israel, Yuval Abraham berdepan ugutan bunuh selepas memberikan ucapan di Festival Filem Berlin yang menggesa gencatan senjata di Gaza dan menamatkan dasar aparteid Israel ke atas Palestin.
9. MWC Barcelona: Telco, agensi Malaysia meterai sembilan MoU pada hari pertama
Sebanyak sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan syarikat telekomunikasi dan agensi di Malaysia pada hari pertama Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC 2024) yang bermula di sini pada Isnin.
10. Presiden Joko Widodo anugerah Prabowo Subianto pangkat jeneral empat bintang
Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.
#berita pilihan #berita antarabangsa #Fukushima #Gaza