awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza

Agensi
Agensi
28/02/2024
01:00 MYT
Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza
Menurut Raja Abdullah, bantuan kemanusiaan untuk Gaza harus dilipatgandakan dalam usaha mengelakkan krisis kelaparan melibatkan lebih dari 2 juta orang terus berpanjangan. - Gambar Reuters
GAZA: Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.
Video yang diterbitkan pejabat Raja Abdullah menunjukkan baginda menaiki pesawat dan menolak bungkusan bantuan diikuti peti yang lebih besar dijatuhkan dari ruang kargo.
Pada Selasa, Raja Abdullah berkata, bantuan kemanusiaan untuk Gaza harus dilipatgandakan dalam usaha mengelakkan krisis kelaparan melibatkan lebih dua juta orang terus berpanjangan.
Jordan dalam masa sama menggesa sekutu-sekutunya di Barat mendesak Israel meningkatkan bantuan yang datang dari kerajaan melalui Kerem Shalom di sempadan Mesir, Israel dan di luar lintasan Rafah.
Aliran bantuan yang masuk ke Gaza dari Mesir telah menurun secara dramatik dalam beberapa minggu terakhir, tetapi Israel mendakwa bahawa mereka tidak menghalang bantuan dan menyalahkan PBB dan pihak Palestin atas sebarang kelewatan.
Jordan telah dijadikan sebagai pusat serantau untuk bekalan kemanusiaan ke Gaza, melakukan empat penerbangan buat pertama kali pada Isnin buat bersama tentera Perancis menjatuhkan makanan kepada ribuan orang yang menunggu di pantai.
Topic Berkaitan
#Jordan
#Raja Jordan
#raja abdullah
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan