Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 7, 2024 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Mac 2024.
1. Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan
Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan.
2. Mogok kereta api berulang di Jerman
Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
3. China sokong keanggotaan penuh Palestin dalam Majlis Keselamatan PBB
China menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyeru beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya tidak menghalang proses itu, menurut Menteri Luar China Wang Yi, lapor Sputnik.
4. Sweden sah diterima NATO
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.
5. Starbucks di Asia Barat buang 2,000 pekerja
Alshaya Group yang memegang hak untuk mengendalikan Starbucks di rantau itu mengumumkan keputusan pengecilan saiz kakitangan atas alasan situasi dagangan yang mencabar sejak lebih enam bulan lalu.
6. Trump cabar Biden untuk berdebat
Donald Trump mencabar Presiden Joe Biden untuk berdebat dengannya "pada bila-bila masa" dan "di mana-mana sahaja."
7. Amerika sekali lagi ingin haramkan TikTok jika tidak dijual Bytedance
Ini ialah langkah yang sama diambil pentadbiran Donald Trump dan kini akan diteruskan juga di bawah pentadbiran Joe Biden.
8. Singapura dilapor dalam perbincangan untuk melabur dalam OpenAI
Temasek merupakan firma pelaburan milik kerajaan Singapura, dan sedia melakukan pelaburan pada beberapa syarikat teknologi popular.
9. Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
10. Calon pilihan raya Presiden AS, Dean Phillips tarik diri
Dean Phillips mengumumkan menarik diri sebagai pesaing Presiden Joe Biden kerana mengakui beliau bukan calon yang layak.
#TikTok #Starbucks #berita pilihan #antarabangsa