ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Mac 2024.


1. Pengundian pilihan raya Presiden Pakistan bermula

Proses pengundian bagi pilihan raya presiden Pakistan antara dua calon, termasuk bekas Presiden Asif Ali Zardari, bermula pada Sabtu.



2. Pasukan SAR Indonesia giat cari pesawat hilang di Kalimantan Utara

Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu sedang mempergiatkan usaha mencari sebuah pesawat Pilatus yang hilang di Kalimantan Utara ketika membawa barangan keperluan.


3. Gaza: Afrika Selatan teliti laporan Israel kepada ICJ sebelum ambil langkah susulan

Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada bulan lalu mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya, kata Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, David E. Malcomson.


4. Pemilu 2024: Kes manipulasi data dan pemalsuan, pengundian semula di Kuala Lumpur esok

Proses pengundian semula Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2024) bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad, 10 Mac di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, demikian menurut catatan di Facebook Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.


5. 23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza

Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Jumaat malam.


6. Tayar pesawat United Airlines tercabut

SEBUAH pesawat Boeing 777 membawa lebih 200 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah satu tayarnya tercabut dan terjatuh di kawasan parkir Lapangan Terbang San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.


7. Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 31 Mac akan menjadi pilihan raya terakhir bagi beliau.


8. 'Robot gatal' kena kecam kerana sentuh wartawan wanita

Sebuah robot humanoid di Arab Saudi mencetuskan kontroversi, gara-gara 'menyentuh' seorang wartawan wanita ketika program siaran langsung.


9. Taliban pamer senjata dalam muzium

Di samping al-Quran antik dan syiling purba Afghanistan, pelancar roket dan bom buatan sendiri turut dipamerkan di Muzium Mazar-i-Sharif sebagai bukti kemenangan Taliban terhadap tentera asing.


10. Budak lelaki 11 tahun ditahan pandu kereta, curi karavan

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditahan selepas memandu sebuah kereta jenis BMW di lebuh raya di United Kingdom (UK) pada Jumaat.