Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 31, 2024 15:52 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mac 2024.
1. Baj langgar jambatan di Oklahoma
Sebuah baj melanggar sebuah jambatan di Oklahoma, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
2. 8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
3. Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memenangi pemilihan peringkat pusingan awal (primari) untuk Demokrat di Dakota Utara, pada pilihan raya presiden AS 2024, umum parti negeri itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
4. Ribuan di Stockholm batal sambutan Easter, berhimpun tanda solidariti untuk Gaza
Ribuan penduduk di Sweden membatalkan sambutan Paskah atau Easter mereka dengan turun ke jalanan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
5. Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Tentera Laut India pada Jumaat mengesahkan telah membebaskan sebuah kapal nelayan Iran yang dirampas oleh sembilan lanun bersenjata di Laut Arab.
6. Lelaki China pecah rekod muntah air keluar mulut paling lama
Seorang lelaki di negara ini memecahkan Guinness World Records (GWR) baharu apabila berjaya memuntah air keluar dari mulut secara berterusan selama 5 minit 51.88 saat, lapor Oddity Central.
7. Rakyat Arab Israel protes, berarak sempena Hari Tanah
Ratusan rakyat Arab Israel berarak di jalan-jalan bandar Deir Hanna di wilayah Galilea di Israel bagi menandakan ulang tahun ke-48 Hari Tanah atau Land Day.
8. Tebusan dalam kafe di Belanda dibebas selepas suspek serah diri
Situasi penahanan tebusan di Bandar Ede, Belanda berakhir dengan penahanan seorang individu, lapor media tempatan pada Sabtu menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
9. AS hantar lebih banyak bom ke Israel
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluluskan perjanjian pembekalan senjata, bom dan jet tempur bernilai berbilion dolar kepada Israel secara rahsia.
10. 9,000 pesakit memerlukan pemindahan kecemasan dari Gaza
Kira-kira 9,000 pesakit di Semenanjung Gaza memerlukan pemindahan untuk rawatan kecemasan.
#berita pilihan #antarabangsa #Hari Tanah #pindahan kecemasan