awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2024
02:20 MYT
Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Kapal nelayan yang dikenali sebagai Al-Kambar 786 itu mempunyai 23 anak kapal berada di barat daya Pulau Socotra di Yaman pada 28 Mac sebelum dirampas oleh kumpulan lanun. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Tentera Laut India pada Jumaat mengesahkan telah membebaskan sebuah kapal nelayan Iran yang dirampas oleh sembilan lanun bersenjata di Laut Arab.
Kapal nelayan yang dikenali sebagai Al-Kambar 786 itu mempunyai 23 anak kapal berada di barat daya Pulau Socotra di Yaman pada 28 Mac sebelum dirampas oleh kumpulan lanun.
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.
Maklumat awal mendapati, ketika dirampas, kapal itu telah dipintas oleh INS Sumedha dan INS Trishul, yang membawa kepada lebih 12 jam langkah taktikal pertempuran yang sengit memaksa lanun menyerah diri.
Ketika ini, pasukan Maritim India dalam proses menjalankan siasatan dan proses pemeriksaan secara menyeluruh untuk menempatkan kapal berkenaan ke kawasan yang lebih selamat.
India telah bertindak balas terhadap 18 insiden, mengerahkan 21 kapal dan 5,000 kakitangan secara bergilir-gilir, menaiki dan menyiasat lebih 1,000 kapal sepanjang tahun lalu.
Topic Berkaitan
#kapal nelayan
#lanun
#Laut Arab
#anak kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan