1. 16 maut, 1.7 juta penduduk terjejas akibat taufan Yagi di Filipina
Angka korban banjir dan tanah runtuh akibat taufan Yagi mencecah 16 orang di Filipina dengan 21 dilaporkan hilang.
2. Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
3. Telefon bimbit tiada kaitan dengan kanser otak - Kajian
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
4. Switzerland buka semula kedutaan di Iraq selepas 33 tahun
Switzerland membuka semula kedutaannya di Baghdad pada Selasa, selepas 33 tahun ditutup ekoran Perang Teluk.
5. 51 terbunuh, 200 cedera dalam serangan Rusia di Poltava
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 271 lagi cedera pada Selasa dalam serangan peluru berpandu Rusia ke atas bandar Poltava di tengah Ukraine, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
6. Penghantaran baharu vaksin polio tiba di Gaza - Kementerian Kesihatan Palestin
Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa mengumumkan penghantaran baharu vaksin polio berjumlah 350,000 dos telah tiba di Gaza.
7. Potensi hubungan Rusia-Malaysia belum dimanfaat sepenuhnya - Peskov
Potensi hubungan antara Rusia dan Malaysia belum dimanfaatkan sepenuhnya dan usaha lebih lanjut diperlukan untuk merealisasikannya, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.
8. Mufti Rusia kagum dengan Malaysia, anggap negara Islam maju
"Rasa kagum yang mendalam tentang kepesatan perkembangan syiar Islam di Malaysia". Itu antara perkara yang disampaikan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Rushan Hazrat Abbyasof kepada PM Anwar.
9. Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn
Baginda melantik 35 menteri kabinet yang dipilih oleh Paetongtarn, termasuk enam timbalan perdana menteri serta menteri lain, selepas diperkenan sebagai perdana menteri baharu.
10. Jordan sambut baik keputusan UK gantung sebahagian eksport senjata ke Israel
Jordan sifatkan keputusan Britain gantung lesen eksport senjata ke Israel langkah penting dalam usaha melindungi nyawa orang awam.