[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 19/03/2025 | 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Mac 2025.
1. Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.
2. WHO beri amaran kekurangan dana jejaskan program vaksinasi penyakit berbahaya
Perubahan mendadak dalam bajet penderma dan kapasiti kesihatan global telah memberi tekanan besar kepada program imunisasi.
3. Polis Korea Selatan kerah 14,000 anggota menjelang keputusan pendakwaan Yoon
Polis Korea Selatan akan mengerahkan kira-kira 14,000 anggota di Seoul pada hari keputusan Mahkamah Perlembagaan ke atas Presiden Yoon Suk Yeol.
4. Trump dedah 80,000 halaman dokumen berkaitan pembunuhan JFK
Arkib Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kira-kira 80,000 halaman dokumen rasmi yang diubah status berkaitan pembunuhan Presiden John F Kennedy (JFK) pada 1963.
5. Polis, tentera Indonesia siasat kes pegawai terbunuh ketika serbuan sabung ayam
Polis dan tentera Indonesia melancarkan siasatan bersama selepas tiga pegawai polis terbunuh dalam serbuan ke atas gelanggang sabung ayam di Lampung.
6. Trump, Putin bincang gencatan senjata di Ukraine, hubungan AS-Rusia
Donald Trump dan Vladimir Putin pada Selasa bersetuju bahawa keamanan di Ukraine "akan bermula dengan gencatan senjata ke atas tenaga dan infrastruktur.
7. 10 serangan AS sasar kawasan di Yaman
Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu kota Sanaa pada Rabu.
8. Singapura seru sambung rundingan ke arah gencatan senjata berkekalan di Gaza
Singapura menyuarakan kebimbangan terhadap berulangnya pertempuran di Gaza yang mengakibatkan kematian dalam kalangan orang awam.
9. Palestin mohon sesi tergempar Majlis Liga Arab
Palestin kemuka permohonan sesi tergempar Majlis Liga Arab susulan tindakan Israel secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata.
10. Presiden Nigeria isytihar darurat di River State
Presiden Bola Tinubu mengisytiharkan darurat di Rivers State, wilayah kaya minyak, berikutan krisis politik berpanjangan dan kegagalan pentadbiran.
#gencatan senjata #Israel #Palestin #Nigeria #Liga Arab #Vladimir Putin #Korea Utara #Donald Trump #Ukraine #Gaza