awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim

Bernama
Bernama
19/03/2025
09:20 MYT
Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Mahkamah diberitahu bahawa tandas unik itu dipercayai telah dipotong dan dijual dalam bentuk ketulan emas. - Foto AP
LONDON: Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England, lapor PA Media/dpa.
Tandas emas 18 karat yang berfungsi sepenuhnya itu merupakan karya seni ciptaan artis Itali, Maurizio Cattelan dan dipamerkan di rumah agam di Oxfordshire, tempat kelahiran Sir Winston Churchill, sebelum ia dilarikan pada awal pagi 14 Sept 2019.
Mahkamah diberitahu bahawa tandas unik itu dipercayai telah dipotong dan dijual dalam bentuk ketulan emas.
Juri pada Selasa mendapati Michael Jones, 39, bersalah atas pertuduhan pecah masuk.
Jones, yang berasal dari Oxford, didakwa meninjau istana itu sebanyak dua kali sebelum kejadian.
Dalam keterangannya sebelum ini, Jones mengaku pernah menggunakan tandas emas itu sehari sebelum ia dicuri.
Sementara itu, James Sheen, 40, dari Wellingborough, Northamptonshire mengaku bersalah atas pertuduhan pecah masuk, bersubahat memindahkan harta jenayah, serta satu pertuduhan berkaitan pemindahan harta jenayah dalam prosiding mahkamah pada April 2024.
Seorang lagi tertuduh, Frederick Doe, 36, yang juga dikenali sebagai Frederick Sines, dari Winkfield, Windsor, Berkshire didapati bersalah atas tuduhan bersubahat memindahkan harta jenayah.
Mahkamah diberitahu bahawa Doe membantu Sheen menjual sebahagian daripada emas yang dicuri dalam beberapa minggu selepas kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, Bora Guccuk, 41, dari barat London dibebaskan daripada tuduhan sama.
Mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh hukuman terhadap Doe, manakala tarikh hukuman bagi Jones dan Sheen akan diumumkan kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tandas emas
#Istana Blenheim
#didapati bersalah mencuri
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan