[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/03/2025 | 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Mac 2025.
1. 124,000 orang terpaksa berpindah dari Gaza dalam beberapa hari - UNRWA
UNRWA di Asia Barat melaporkan bahawa seramai 124,000 orang telah berpindah dari Semenanjung Gaza dalam tempoh hanya beberapa hari susulan serangan udara Israel yang semakin meningkat.
2. Blatter dan Platini dibebaskan daripada tuduhan penipuan
Bekas pegawai tertinggi bola sepak Joseph Blatter dan Michel Platini sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan penipuan, menurut mahkamah Switzerland pada Selasa.
3. Wartawan AS tidak sengaja dimasukkan ke kumpulan sembang bincang rancangan serang Yaman
Seorang wartawan mengetahui rancangan serangan udara terhadap kumpulan Houthi di Yaman dua jam sebelum operasi dilancarkan.
4. Mahkamah Jerman larang Lufthansa guna kenyataan "mengelirukan" pampasan CO2
Syarikat penerbangan nasional Jerman, Lufthansa, dilarang menggunakan dua kenyataan "mengelirukan" mengenai pampasan pelepasan karbon dioksida (CO2), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
5. Penunggang motosikal ditemui maut, 'ditelan' lubang benam di Seoul
Seorang penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam lubang benam di Seoul ditemukan maut pada Selasa.
6. Perjalanan udara Asia Pasifik meningkat semula lepasi paras prapandemik - AAPA
"Sekiranya melihat kepada ketibaan pelawat dan jumlah penumpang, rantau Asia Pasifik berkembang lebih kukuh berbanding rantau lain."
7. Venezuela terus pulih secara ekonomi walaupun dikenakan sekatan baharu AS - Maduro
AS mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas mana-mana negara yang berdagang dengan Venezuela dalam sektor minyak dan gas.
8. Lelaki Jepun dibebaskan daripada kes bunuh 1966 diberi pampasan AS$1.44 juta
Pampasan itu diberikan bagi lebih empat dekad penahanan fizikalnya, bermula dari tempoh penangkapan sehingga pembebasannya.
9. Syarikat penerbangan mungkin saman Heathrow selepas gangguan bekalan elektrik - Laporan
Sebuah organisasi mewakili lebih daripada 90 syarikat penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Heathrow, London mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.
10. 25 peratus pekerja di Jerman bekerja dari rumah
Hampir satu daripada setiap empat pekerja di Jerman bekerja dari rumah sekurang-kurangnya untuk sebahagian daripada waktu kerja mereka, menurut satu tinjauan yang diterbitkan pada Isnin.
#Gaza #UNRWA #berita global #berita antarabangsa #Berita AWANI