DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 April 2025.


1. China gesa Israel undur tentera dari Syria

China menggesa supaya Israel segera menghentikan serangan menyasar Syria dan mengundurkan tenteranya dari negara itu secepat mungkin.



2. Tarif Trump: China akan naikkan tarif 125 peratus kepada barangan AS

China akan mengenakan tarif sebanyak 125 peratus ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) mulai Sabtu.


3. Gempa 5.0 magnitud landa tengah Myanmar

Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda kawasan tengah Myanmar jam 10.59 pagi waktu tempatan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi (DMH) negara itu.


4. Lebih 60,000 kanak-kanak alami kekurangan zat makanan di Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mendedahkan lebih 60,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan, ekoran situasi kemanusiaan di wilayah itu yang semakin meruncing.


5. Pemuda Palestin bebas selepas 9 tahun di penjara Israel atas 'cubaan bunuh'

Seorang pemuda warga Palestin yang ditahan pihak berkuasa Israel ketika berusia 13 tahun, dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun setengah.


6. Pemimpin ASEAN akan ke Washington, berunding sebagai satu blok, nyata pendirian bersama

Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini telah meminta melalui Kementerian Luar, membincangkan isu tarif pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.


7. Syria, Korea Selatan setuju pulihkan hubungan diplomatik selepas sembilan tahun

Kementerian Luar Syria pada Khamis mengumumkan bahawa Syria dan Korea Selatan menandatangani perjanjian untuk memulihkan semula hubungan diplomatik, hampir sembilan tahun selepas hubungan itu diputuskan.


8. Apple terbangkan 1.5 juta iPhone dari India elak tarif tinggi

Beberapa hari lalu muncul laporan, Apple menerbangkan lima pesawat penuh peranti dari India ke Amerika Syarikat bagi mengelakkan tarif baharu yang diumumkan Presiden Donald Trump.


9. OCHA beri amaran situasi orang awam di Gaza semakin parah

ejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran bahawa pergolakan yang berterusan di seluruh Semenanjung Gaza memberi kesan buruk kepada orang awam, mengancam keselamatan serta meragut peluang mereka untuk terus hidup.


10. Presiden Filipina Marcos berada dalam keadaan sihat - Malacanang

Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr berada dalam keadaan sihat, menurut kenyataan Istana Malacanang pada Jumaat.




#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #ASEAN