DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Mei 2025.


1. PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Vietnam atas pemergian bekas presiden negara itu, Tran Duc Luong.



2. Israel serang gudang bekalan perubatan di Gaza, cetus kebakaran besar

Serangan ke atas gudang bekalan perubatan menyebabkan kebakaran besar dan mengancam pengagihan bantuan serta keselamatan petugas kemanusiaan.


3. Netanyahu arah perketat keselamatan misi diplomatik Israel selepas serangan maut di Washington

Netanyahu menyifatkan serangan itu sebagai pembunuhan kejam bermotifkan antisemitisme.


4. Marcos arah semua setiausaha kabinet letak jawatan selepas pilihan raya pertengahan penggal

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan secara hormat susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei lepas, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Khamis.


5. Gempa bumi kuat gegar Crete, Santorini

Beberapa bangunan mengalami kerosakan kecil dan pihak berkuasa sedang menjalankan pemeriksaan keselamatan di kawasan terjejas.


6. Tindakan Israel lepas 'tembakan amaran' ke arah delegasi diplomat dikecam

Negara-negara terlibat menuntut penjelasan rasmi dan siasatan menyeluruh, dengan beberapa memanggil duta Israel serta menyatakan insiden itu melanggar Konvensyen Vienna mengenai kekebalan diplomatik.


7. Dua kakitangan kedutaan Israel maut dalam insiden tembakan, suspek ditahan

Dua kakitangan Kedutaan Israel dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan berhampiran Capital Jewish Museum di Washington, D.C.


8. Singapura kekal unjuran pertumbuhan KDNK pada 0.0 hingga 2.0 peratus

Singapura mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonominya untuk 2025 antara 0.0 hingga 2.0 peratus.


9. Sidang Kemuncak ASEAN: Timor-Leste tumpu usaha keanggotaan penuh, Oman teroka peluang kerjasama

Penyertaan dalam mesyuarat berkaitan ASEAN minggu ini dianggap peluang terbaik meningkatkan kesiapsiagaan Timor-Leste sebagai anggota penuh.


10. Volvo syarikat pertama integrasi Google Gemini dalam kereta

Volvo sebelum ini menjadi syarikat terawal menggunakan Android Auto dalam sistem infohibur kenderaan dimulakan menerusi subjenama Polestar.


#berita pilihan #antarabangsa #KDNK #ucapan takziah