awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam

Bernama
Bernama
22/05/2025
09:06 MYT
PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam
Bekas Presiden Vietnam, Tran Duc Luong, meninggal dunia pada 20 Mei 2025 di kediamannya di Hanoi pada usia 88 tahun. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Vietnam atas pemergian bekas presiden negara itu, Tran Duc Luong.

Ringkasan AI
  • Bekas Presiden Vietnam, Tran Duc Luong, meninggal dunia pada 20 Mei 2025 di kediamannya di Hanoi pada usia 88 tahun, selepas mengalami masalah kesihatan.
  • Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Vietnam, menghargai peranan mendiang dalam reformasi Doi Moi serta kepimpinannya dalam memastikan kestabilan negara.
  • Tran Duc Luong berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1992 hingga 1997, sebelum menjadi Presiden Vietnam dari 1997 hingga 2006, memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Anwar dalam hantaran Facebook berkata Tran Duc Luong berkhidmat semasa era penting dalam sejarah Vietnam, memainkan peranan yang teguh bagi mendukung semangat reformasi Doi Moi.
"Selaku Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya sebagai Presiden, beliau memainkan peranan yang teguh dalam memimpin negara melalui perubahan, memastikan kemajuan dicapai seiring dengan kestabilan dan hala tuju yang jelas.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada keluarganya dan rakyat Vietnam," kata Anwar.
Tran Duc Luong meninggal dunia pada 10.51 malam Rabu di kediamannya di Hanoi pada usia 88 tahun.
Mendiang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari September 1992 hingga Ogos 1997 dan Presiden Republik Sosialis Vietnam dari September 1997 hingga Jun 2006.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ucapan takziah
#presiden vietnam
#Tran Duc Luong
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami