INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Mei 2025.


1. Warga AS mohon kerakyatan UK meningkat selepas Trump dilantik semula

Bilangan warga Amerika Syarikat (AS) yang memohon kerakyatan British mencatatkan rekod tertinggi sejak Presiden AS, Donald Trump dipilih semula.



2. ASEAN25: Ini 10 perkara anda perlu tahu tentang Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Malaysia merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa.


3. Presiden Mesir, PM Britain bincang isu Gaza melalui panggilan telefon

Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengadakan perbualan telefon bagi membincangkan perkembangan di Semenanjung Gaza.


4. Kehadiran PM China ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh kerjasama serantau

Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama serantau.


5. Pasukan penyelamat Indonesia temukan 15 mayat mangsa banjir kilat di Papua Barat

Bencana itu melanda perkampungan Jim di daerah Catubouw pada 16 Mei, selepas hampir tujuh jam hujan lebat.


6. Saksi sahkan bekalan bantuan pertama sampai kepada penduduk Gaza

Bantuan kemanusiaan pertama berjaya disalurkan ke Gaza selepas hampir tiga bulan sekatan Israel.


7. Filipina jangka keanggotaan Timor-Leste antara isu utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Filipna yakin sidang itu bakal mencetuskan kemajuan dalam kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN, walaupun isu teknikal perlu ditangani.


8. Serangan udara Israel di tengah Gaza ragut nyawa enam petugas bantuan: Pejabat Media Gaza

Serangan berlaku ketika lori-lori bantuan cuba menghantar bekalan ke hospital-hospital di kawasan yang dibedil.


9. Dua maut dalam nahas pesawat ringan di California

Pesawat itu terhempas ke sebuah unit perumahan tentera, mengakibatkan 15 rumah terkena impak serta beberapa rumah dan kenderaan terbakar.


10. Pentadbiran Trump halang Harvard terima pelajar antarabangsa

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengambil tindakan drastik dengan membatalkan keupayaan Universiti Harvard untuk mendaftarkan pelajar antarabangsa.



#berita pilihan #berita luar negara #berita antarabangsa #Berita AWANI