[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Mei 2025.


1. Mahkamah AS halang tarif Trump, dakwa langgar kuasa Presiden

Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menghalang pelaksanaan tarif import yang diumumkan Presiden Donald Trump, dengan menyatakan bahawa beliau telah melampaui kuasa diberikan undang-undang.



2. Elon Musk tinggalkan pentadbiran Trump - White House

Elon Musk telah meninggalkan pentadbiran Presiden Donald Trump selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan Khas berakhir.


3. Rusia tawar bertemu Ukraine di Istanbul pada 2 Jun - Lavrov

Rusia menawarkan untuk mengadakan pertemuan dengan Ukraine di Istanbul pada 2 Jun bagi membentangkan memorandum yang bertujuan menangani punca utama krisis yang sedang berlaku, kata Menteri Luar Sergey Lavrov.


4. WhatsApp Web dijangka tawar ciri nama pengguna sebagai alternatif nombor telefon

WhatsApp sedang membangunkan ciri pengesahan nama pengguna (username) sebagai alternatif kepada nombor telefon dalam versi webnya.


5. SpaceX Starship hilang kawalan dalam ujian penerbangan terbaru

Ujian penerbangan terbaru SpaceX Starship berakhir dengan kegagalan selepas roket itu mula berputar di orbit sebelum akhirnya terhempas ke Lautan Hindi.


6. Persetujuan dicapai dengan utusan AS berhubung gencatan senjata Gaza - Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat Steve Witkoff mengenai rangka kerja umum bagi pelaksanaan gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza.


7. Dua ekor merpati cetus kekecohan dalam pesawat Delta sebelum berlepas

Sebuah penerbangan Delta Air Lines dari Minneapolis ke Madison, Wisconsin, mengalami kelewatan sebanyak 56 minit selepas dua ekor burung merpati berkeliaran di dalam kabin pesawat, menyebabkan kekecohan dalam kalangan penumpang dan kru penerbangan.


8. Malaysia giat pacu kemajuan COC Laut China Selatan, konsensus lima perkara Myanmar

Malaysia giat memacu kemajuan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dan mendukung Konsensus Lima Perkara (5PC) Myanmar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


9. Beberapa orang maut dalam insiden berebut bantuan di gudang PBB di Gaza

Kejadian berebut bantuan di sebuah gudang milik Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan beberapa orang maut.


10. PBB tolak dakwaan Israel gagal ambil bantuan untuk Gaza di sempadan

Seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menolak dakwaan Israel bahawa badan dunia itu gagal mengambil bekalan bantuan kemanusiaan untuk Gaza di lintasan sempadan.


#berita pilihan #antarabangsa #berita duniaberita global #Palestin #Berita AWANI