awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persetujuan dicapai dengan utusan AS berhubung gencatan senjata Gaza - Hamas

Bernama
Bernama
29/05/2025
03:50 MYT
Persetujuan dicapai dengan utusan AS berhubung gencatan senjata Gaza - Hamas
Persetujuan itu turut merangkumi penubuhan sebuah jawatankuasa profesional bagi menguruskan hal ehwal Gaza sebaik sahaja gencatan senjata dilaksanakan. - Foto fail/REUTERS
ISTANBUL: Kumpulan Palestin Hamas pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat Steve Witkoff mengenai rangka kerja umum bagi pelaksanaan gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami telah mencapai persetujuan mengenai rangka kerja umum bersama Witkoff yang memastikan gencatan senjata kekal, pengunduran sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Gaza, serta kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan," kata Hamas dalam satu kenyataan.
Persetujuan itu turut merangkumi penubuhan sebuah jawatankuasa profesional bagi menguruskan hal ehwal Gaza sebaik sahaja gencatan senjata dilaksanakan, menurut kumpulan berkenaan.
Hamas turut menyatakan kesediaan untuk membebaskan 10 tawanan yang masih hidup serta menyerahkan beberapa mayat tawanan lain sebagai pertukaran kepada sejumlah tahanan Palestin yang akan dipersetujui bersama, di bawah jaminan pihak pengantara.
"Kami kini di peringkat akhir untuk menghantar dokumen syarat baharu yang diharap dapat disampaikan hari ini," kata Witkoff kepada pemberita di Rumah Putih.
"Saya amat optimis terhadap penyelesaian jangka panjang -- gencatan senjata sementara dan resolusi damai jangka panjang terhadap konflik ini," tambahnya.
Witkoff berkata Presiden AS Donald Trump akan meneliti cadangan itu sebaik sahaja ia diterima.
Setakat ini, belum ada sebarang komen daripada pengantara Mesir atau Qatar berhubung pengumuman oleh Hamas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamas
#gencatan senjata
#Steve Witkoff
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami