Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Jun 2025.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menegaskan sokongan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Presiden Lubnan Jeneral Joseph Aoun mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas pinggir selatan ibu negara itu, Beirut.
Puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa pagi ini (waktu tempatan), meskipun berdepan sekatan ketat oleh pihak berkuasa Israel dan suasana suram akibat perang yang berterusan di Gaza.
Seorang wartawan foto Palestin maut akibat kecederaan yang dialami selepas serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza pada Khamis, menjadikan angka wartawan yang terbunuh dalam satu serangan kepada empat.
Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini merasmikan Jambatan Kereta Api Chenab, yang kini diiktiraf sebagai jambatan kereta api tertinggi di dunia.
Seorang hakim persekutuan sekali lagi menghalang rancangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengecualikan pelajar asing daripada menghadiri kuliah di Universiti Harvard.
Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan perbualan melalui panggilan telefon pada Khamis.
Jutawan teknologi Elon Musk telah membuat dakwaan mengejutkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tersenarai dalam fail sulit Jeffrey Epstein, sekali gus meningkatkan ketegangan dalam pertelingkahan mereka mengenai rang undang-undang cukai dan perbelanjaan yang digelar "big, beautiful bill".
Hakim yang mengendalikan perbicaraan Sean "Diddy" Combs memberi amaran bahawa beliau mungkin akan mengusir Diddy dari mahkamah selepas mendapati penyanyi rap itu berinteraksi dengan juri melalui ekspresi wajah dan isyarat badan.
Israel telah melancarkan beberapa serangan udara ke kawasan selatan Beirut, dengan mendakwa ia menyasarkan kemudahan pengeluaran dron Hezbollah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


