DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 06/06/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Jun 2025.

1. EU pertahan ICC, kecam sekatan AS terhadap hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menegaskan sokongan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


2. Lubnan: Serangan Israel ke atas selatan Beirut langgar perjanjian antarabangsa

Presiden Lubnan Jeneral Joseph Aoun mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas pinggir selatan ibu negara itu, Beirut.


3. 80,000 rakyat Palestin tunai solat Aidiladha di Masjid al-Aqsa di tengah sekatan Israel

Puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa pagi ini (waktu tempatan), meskipun berdepan sekatan ketat oleh pihak berkuasa Israel dan suasana suram akibat perang yang berterusan di Gaza.


4. Wartawan foto keempat maut dalam serangan Israel terhadap khemah media di Gaza

Seorang wartawan foto Palestin maut akibat kecederaan yang dialami selepas serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza pada Khamis, menjadikan angka wartawan yang terbunuh dalam satu serangan kepada empat.


5. Jambatan kereta api tertinggi dunia dibuka di wilayah konflik Kashmir

Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini merasmikan Jambatan Kereta Api Chenab, yang kini diiktiraf sebagai jambatan kereta api tertinggi di dunia.


6. Hakim AS sekali lagi halang larangan ke atas pelajar asing di Harvard

Seorang hakim persekutuan sekali lagi menghalang rancangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengecualikan pelajar asing daripada menghadiri kuliah di Universiti Harvard.


7. Xi, Trump bincang hubungan dua hala melalui panggilan telefon

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan perbualan melalui panggilan telefon pada Khamis.


8. Musk dakwa Trump tersenarai dalam fail Epstein

Jutawan teknologi Elon Musk telah membuat dakwaan mengejutkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tersenarai dalam fail sulit Jeffrey Epstein, sekali gus meningkatkan ketegangan dalam pertelingkahan mereka mengenai rang undang-undang cukai dan perbelanjaan yang digelar "big, beautiful bill".


9. Hakim ugut usir Diddy dari mahkamah kerana tingkah laku tidak wajar

Hakim yang mengendalikan perbicaraan Sean "Diddy" Combs memberi amaran bahawa beliau mungkin akan mengusir Diddy dari mahkamah selepas mendapati penyanyi rap itu berinteraksi dengan juri melalui ekspresi wajah dan isyarat badan.


10. Israel lancar serangan ke selatan Beirut sehari sebelum Aidiladha

Israel telah melancarkan beberapa serangan udara ke kawasan selatan Beirut, dengan mendakwa ia menyasarkan kemudahan pengeluaran dron Hezbollah.




#berita pilihan #antarabangsa #Elon Musk #Donald Trump #Aidiladha