DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Julai 2025.
1. 360 petugas perubatan Gaza ditahan, dunia digesa campur tangan
Mereka yang ditahan dilaporkan berada dalam keadaan yang tragis dan sangat menyedihkan, sekali gus menafikan ribuan rakyat Palestin yang cedera daripada mendapat rawatan sewajarnya.
2. Gunung Semeru kembali meletus, kepulan asap menjulang setinggi 1,000 meter
Letusan tersebut dikesan pada jam 2.06 petang waktu tempatan dan berlangsung selama kira-kira empat minit.
3. Thailand ambil tindakan tegas penjualan produk berproses mengandungi kanabis
Pegawai kesihatan awam diberi kuasa menahan dan mengenakan denda terhadap pengusaha perniagaan yang mencampurkan kanabis dalam makanan.
4. 7 cedera dalam letupan di Iran, kebocoran gas disyaki punca
Gabenor Qom menafikan insiden berpunca daripada serangan pengganas atau tindakan luar, dan menegaskan bahawa siasatan masih dijalankan secara menyeluruh.
5. Laporan Senat AS dedah kegagalan disiplin Perkhidmatan Rahsia dalam cubaan bunuh Trump
Satu laporan Senat Amerika Syarikat (AS) mengenai cubaan pembunuhan terhadap Presiden AS Donald Trump tahun lepas mendedahkan "pelbagai kegagalan yang tidak dapat diterima".
6. Bekas PM Israel dakwa ‘bandar kemanusiaan’ di Rafah umpama kem tahanan, beri amaran risiko pembersihan etnik
Bekas PM Ehud Olmert dan pakar hak asasi menyifatkan rancangan itu sebagai pembersihan etnik dan kem tahanan yang berlindung di sebalik kem perlindungan awam.
7. Pelakon veteran India, Saroja Devi meninggal dunia pada usia 87 tahun
Pelakon legenda, B Saroja Devi, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di kediamannya di Malleswaram, Bengaluru akibat komplikasi sakit tua.
8. Pelancong Malaysia ke Hat Yai kurang guna khidmat pemandu pelancong, industri tempatan terjejas
Pihak berkuasa Thailand merancang insentif baharu untuk menarik semula pelancong berkumpulan dan menyokong industri pandu arah tempatan yang terjejas.
9. Raja Charles akan terima kunjungan Trump pada September - Istana
Raja Britain Raja Charles III berkenan menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada September ini.
10. Trump sahkan penghantaran Patriot ke Ukraine, NATO tanggung penuh kos senjata
Jumlah Patriot belum diputuskan, namun Ukraine akan menerima beberapa unit sebagai perlindungan minimum.