awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sahkan penghantaran Patriot ke Ukraine, NATO tanggung penuh kos senjata

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2025
05:30 MYT
Trump sahkan penghantaran Patriot ke Ukraine, NATO tanggung penuh kos senjata
Trump (kiri) mengkritik Presiden Putin (kanan) atas tindakan agresif Rusia dan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap Rusia yang enggan menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan menghantar sistem pertahanan udara Patriot ke Ukraine sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Rusia dan kegagalan Presiden Vladimir Putin untuk memulakan rundingan damai.

Ringkasan AI
  • Pentadbiran Donald Trump akan menghantar sistem pertahanan udara Patriot ke Ukraine sebagai tindak balas terhadap serangan Rusia dan kegagalan rundingan damai, dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh NATO.
  • Trump mengkritik Presiden Putin atas tindakan agresif Rusia dan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap Rusia yang enggan menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine.
  • Penghantaran Patriot dijangka meningkatkan keupayaan pertahanan udara Ukraine, dan Trump dijangka membuat pengumuman besar mengenai dasar AS terhadap Rusia serta bantuan ketenteraan tambahan.

“Kami akan hantar Patriot kepada mereka, kerana mereka amat memerlukannya,” kata Trump kepada media di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland, pada Ahad.
Beliau turut menyatakan bahawa jumlah Patriot belum diputuskan, namun Ukraine akan menerima beberapa unit sebagai perlindungan minimum.
Trump menyelar Putin sebagai pemimpin yang bercakap baik tetapi mengebom orang setiap malam,” sambil menyatakan kekecewaannya terhadap sikap Rusia yang enggan menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada perjanjian baharu di mana NATO akan membeli senjata dari Amerika Syarikat dan menyalurkannya kepada Ukraine.
“Mereka akan bayar 100 peratus untuk peralatan itu,” kata Trump menegaskan bahawa AS tidak akan menanggung kos penghantaran.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dijadualkan bertemu Trump di Washington pada 14 dan 15 Julai untuk membincangkan pelan bantuan ketenteraan dan kemungkinan pengumuman besar mengenai dasar AS terhadap Rusia.
Sumber diplomatik turut memaklumkan bahawa Trump akan membuat kenyataan besar berkaitan Rusia hari ini, yang dijangka merangkumi kelulusan senjata ofensif tambahan kepada Ukraine.
Senator Lindsey Graham menyifatkan langkah itu sebagai titik perubahan dalam perang, manakala Senator Richard Blumenthal menyatakan sokongan terhadap penggunaan aset Rusia yang dibekukan untuk membantu Kyiv.
Penghantaran sistem Patriot ini dijangka meningkatkan keupayaan pertahanan udara Ukraine, yang kini berdepan serangan peluru berpandu dan dron hampir setiap hari.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#NATO
#Ukraine
#sistem pertahanan udara Patriot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan