DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Julai 2025.
1. New Zealand hasrat perkukuh hubungan dengan ASEAN, Sidang Kemuncak ke-50 dijadual Oktober
Sidang khas itu dirancang bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan yang dipengerusikan Malaysia pada Oktober nanti.
2. Berang pendingin hawa tidak berfungsi, dua penumpang cuba ceroboh kokpit pesawat
Insiden itu berlaku pada Isnin ketika pesawat SG 9282 mula bergerak ke landasan untuk berlepas pada jam 12.30 tengah hari.
3. India arah pemeriksaan suis bahan api pesawat Boeing susulan nahas Air India
Laporan awal menunjukkan suis bahan api kedua-dua enjin bertukar ke mod CUTOFF secara tiba-tiba selepas berlepas, walaupun tiada kecacatan dilaporkan pada komponen yang pernah diganti.
4. Pelari maraton tertua dunia Fauja Singh maut dirempuh kenderaan
Fauja Singh yang menetap di Ilford sejak 1992, mula dikenali dunia apabila menyertai maraton pertamanya pada usia 89 tahun.
5. New Jersey isytihar darurat susulan hujan lebat dan banjir kilat
Lebih enam inci hujan direkodkan, menyebabkan jalan raya ditenggelami air, kenderaan terkandas, penerbangan terganggu dan pokok tumbang di beberapa kawasan.
6. Gempa bumi magnitud 5.8 landa Luzon, Filipina
Pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan gempa susulan, namun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan setakat ini.
7. 11 hilang bot laju terbalik di perairan Pulau Mentawai
Seramai 11 orang dilaporkan hilang manakala tujuh lagi terselamat selepas sebuah bot laju terbalik di perairan Pulau Mentawai, wilayah Sumatera Barat, Indonesia pada Isnin.
8. Nahas Air India: Persatuan juruterbang tolak dakwaan kesilapan manusia
Laporan awal siasatan menunjukkan suis bahan api pesawat dimatikan secara misteri, namun tiada bukti sahih bahawa tindakan itu disengajakan.
9. Tarif Trump: Malaysia masih dalam trajektori unjuran pengembangan ekonomi 4-5 peratus
Kerajaan menjangkakan impak front-loading sejak lima bulan lepas, akan berterusan terhadap ekonomi Malaysia sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang.
10. Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh ketika dapatkan air di Gaza
Pihak berkuasa Palestin menuduh tentera Israel menggunakan air sebagai senjata perang dengan tujuan menafikan hak asasi paling asas rakyat Palestin.