Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Oktober 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 22 Oktober 2025.
Rundingan damai masih di landasan positif namun AS beri amaran tegas Hamas akan " dilenyapkan sepenuhnya" sekiranya enggan bekerjasama.
Hamas turut memberi amaran bahawa kelewatan ini akan menjejaskan proses mengenal pasti dan menyerahkan mayat tebusan.
Mayat tersebut diserahkan kepada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) oleh Palang Merah, yang sebelumnya menerimanya daripada Hamas.
Seperti mana berubah pendirian terhadap Putin, Presiden Trump turut menyuarakan nada yang sama pada Xi Jinping - pertemuan dengan Presiden China itu mungkin tidak berlaku.
Insiden ini menandakan ujian senjata pertama Pyongyang dalam tempoh lebih lima bulan.
Takaichi sifatkan Korea Selatan sebagai "negara jiran yang penting" dan berhasrat untuk bertemu dengan Presiden Lee Jae Myung.
Petro berkata Trump kecewa kerana Colombia tidak mahu menghantar tenteranya untuk membantu AS menyerang Venezuela.
Langkah ini membolehkan pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan, termasuk penempatan tentera di jalanan untuk membantu polis.
Nicolas Sarkozy menjadi bekas ketua negara pertama dalam sejarah moden Perancis yang dipenjarakan.
Situasi seorang Presiden menuntut pampasan daripada kerajaan yang dipimpinnya sendiri "tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika" dan boleh menimbulkan konflik etika yang serius.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami