DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/10/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Oktober 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 22 Oktober 2025.


1. Gencatan senjata Gaza berjalan lebih baik daripada dijangka - Naib Presiden AS

Rundingan damai masih di landasan positif namun AS beri amaran tegas Hamas akan " dilenyapkan sepenuhnya" sekiranya enggan bekerjasama.



2. Hamas kecam Israel kerana gagal buka laluan penting Rafah di Gaza

Hamas turut memberi amaran bahawa kelewatan ini akan menjejaskan proses mengenal pasti dan menyerahkan mayat tebusan.


3. Israel terima dua mayat yang didakwa Hamas tebusan yang telah meninggal dunia

Mayat tersebut diserahkan kepada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) oleh Palang Merah, yang sebelumnya menerimanya daripada Hamas.


4. Trump jangka capai perjanjian dagang ‘baik’ dengan Xi di sidang kemuncak Korea Selatan

Seperti mana berubah pendirian terhadap Putin, Presiden Trump turut menyuarakan nada yang sama pada Xi Jinping - pertemuan dengan Presiden China itu mungkin tidak berlaku.


5. Korea Utara lancar peluru berpandu ke Laut Timur, cetus kebimbangan serantau

Insiden ini menandakan ujian senjata pertama Pyongyang dalam tempoh lebih lima bulan.


6. Takaichi anggap Korea Selatan "negara jiran yang penting" buat Jepun

Takaichi sifatkan Korea Selatan sebagai "negara jiran yang penting" dan berhasrat untuk bertemu dengan Presiden Lee Jae Myung.


7. Petro dedah Trump marah kerana Colombia enggan sertai serangan ke atas Venezuela

Petro berkata Trump kecewa kerana Colombia tidak mahu menghantar tenteranya untuk membantu AS menyerang Venezuela.


8. Peru isytihar darurat 30 hari di Lima untuk tangani jenayah yang meningkat

Langkah ini membolehkan pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan, termasuk penempatan tentera di jalanan untuk membantu polis.


9. Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mula jalani hukuman penjara lima tahun

Nicolas Sarkozy menjadi bekas ketua negara pertama dalam sejarah moden Perancis yang dipenjarakan.


10. Trump tuntut ganti rugi AS$230 juta dolar daripada Jabatan Kehakiman AS

Situasi seorang Presiden menuntut pampasan daripada kerajaan yang dipimpinnya sendiri "tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika" dan boleh menimbulkan konflik etika yang serius.



#berita pilihan #antarabangsa #meninggal dunia #gencatan senjata