awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita terkini ASEAN25: Malaysia lancar tiga inisiatif perkukuh inklusiviti, kelestarian ASEAN

Pia Ernadya
Pia Ernadya
24/10/2025
08:08 MYT
Berita terkini ASEAN25: Malaysia lancar tiga inisiatif perkukuh inklusiviti, kelestarian ASEAN
Mohamad (tengah) pada Majlis Pelancaran Inisiatif ASEAN Mengenai Inklusiviti dan Kelestarian di ibu negara, pada Jumaat. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini melancarkan tiga inisiatif baharu di peringkat ASEAN bagi memperkukuh agenda inklusiviti dan kelestarian di rantau ini.
Tiga inisiatif berkenaan ialah Pusat Kecemerlangan PKS bagi Peralihan Hijau di ASEAN (MEGA); Laporan ASEAN Mendepani Masa Depan: Tinjauan Ekosistem STI ASEAN 2035 dan Seterusnya; serta Buku ASEAN Menjelang 2025: Membentuk Masa Depan Inklusif dan Mampan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan inisiatif itu pada Majlis Pelancaran Inisiatif ASEAN Mengenai Inklusiviti dan Kelestarian di ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Mohamad, ASEAN komited memastikan kemajuan rantau ini memberi manfaat secara saksama kepada semua negara anggota.
“Sepanjang tahun ini, fokus kita jelas, iaitu memastikan kemajuan ASEAN bersifat inklusif, tidak meninggalkan mana-mana negara atau komuniti di belakang... dan lestari, dengan mengimbangi pembangunan serta tanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga inisiatif tersebut menzahirkan kesungguhan ASEAN menghadapi cabaran masa depan melalui kerjasama serantau yang praktikal, menyeluruh dan berlandaskan nilai bersama.
"Inisiatif pertama, Pusat Kecemerlangan PKS bagi Peralihan Hijau di ASEAN, atau MEGA, mencerminkan prinsip bahawa transformasi ekonomi mesti bermula dari peringkat akar umbi.
"Di seluruh rantau ini, perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi, menggaji majoriti tenaga kerja serta menjadi pemacu inovasi tempatan," jelasnya.
Manakala inisiatif kedua, iaitu Laporan ASEAN Mendepani Masa Depan: Tinjauan Ekosistem STI ASEAN 2035 dan Seterusnya, mengenal pasti trend, gangguan, dan peluang yang akan membentuk bidang sains, teknologi, dan inovasi dalam dekad akan datang, serta menawarkan jalan bagi menjadikan STI sebagai pemacu ekonomi dan kemakmuran kolektif ASEAN.
Inisiatif ketiga, iaitu buku ASEAN Menjelang 2025: Membentuk Masa Depan Inklusif dan Mampan, berperanan sebagai refleksi dan legasi bagi rantau ini.
"Dengan sumbangan lebih daripada tiga puluh pemikir terkemuka rantau ini, buku ini menghimpunkan idea dalam bidang geopolitik, kelestarian, perdagangan, ekonomi, dan teknologi. Tema-tema ini akan menentukan nasib bersama ASEAN," katanya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Malaysia
#Mohamad Hasan
#ekonomi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan