Berita Terkini ASEAN25: Malaysia sasar muktamad perjanjian dagang AS - Mohamad

Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dapat dimuktamadkan, sekali gus mengekalkan kelebihan eksport negara dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) ke pasaran tersebut.
Ringkasan AI
- Malaysia berharap rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat dapat dimuktamadkan bagi mengekalkan kelebihan eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E), yang kini menikmati sifar tarif ke atas 19 peratus produk mewakili 60 peratus eksport ke pasaran tersebut.
- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan optimis hasil rundingan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memberi manfaat jangka panjang, walaupun isu itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat menteri ekonomi ASEAN.
- Sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan rundingan perjanjian perdagangan Malaysia-AS sedang melalui proses semakan undang-undang, dengan peguam kedua-dua pihak memuktamadkan butiran teknikal sebelum pemeteraian.
Beliau menjelaskan, ketika ini Malaysia menikmati sifar tarif ke atas 19 peratus produk E&E yang mewakili 60 peratus eksport negara ke AS, justeru sebarang keputusan harus mengekalkan akses pasaran itu.
Meskipun isu itu tidak dibangkitkan dalam perbincangan bersama menteri-menteri ekonomi ASEAN, Mohamad percaya pendekatan Malaysia dalam mengurus rundingan berkenaan boleh dijadikan rujukan oleh negara serantau lain.
Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata Malaysia optimis dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan AS tidak lama lagi, apabila perbincangan mengenai tarif timbal balas dan pemudahan perdagangan antara kedua-dua kerajaan diteruskan.
Beliau berkata perjanjian itu kini dalam proses semakan undang-undang oleh kedua-dua pihak, dengan peguam sedang memuktamadkan butiran teknikal sebelum pemeteraian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


