awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bernard Shaw, ketua penyampai pertama CNN meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2022
14:46 MYT
Bernard Shaw, ketua penyampai pertama CNN meninggal dunia
Bernard Shaw, ikon penyiaran yang juga ketua penyampai pertama stesen berita Cable News Network (CNN) meninggal dunia pada Khamis. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Bernard Shaw, ikon penyiaran yang juga ketua penyampai pertama stesen berita Cable News Network (CNN) meninggal dunia pada Khamis.
Beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Washington pada usia 82 tahun akibat pneumonia.
Perkara itu disahkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif CNN, Tom Johnson.
Ikon penyiaran itu yang juga merupakan perintis program penyiaran bagi masyarakat kulit hitam terkenal dengan laporan langsungnya ketika pergolakan Perang Teluk di Baghdad, Iraq pada 1991.
Beliau menjadi ketua penyampai terlama dengan pengalaman 20 tahun berada dalam posisi itu ketika bernaung di bawah CNN.
Ini termasuk menjadi salah seorang perintis ketika stesen itu dilancarkan pada 1 Jun 1980.
Majlis pengebumian bagi mendiang Shaw hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat serta tetamu jemputan sahaja, menurut keluarga mendiang.
Selain laporan perang di Baghdad, Shaw turut terkenal dengan beberapa siri laporan penting serta bersejarah berkenaan kebangkitan pelajar di Tiananmen Square pada tahun 1989, gempa bumi di California pada 1994 dan kemalangan melibatkan mendiang Puteri Diana pada 1997.
Personaliti televisyen yang bernaung di bawah CNN menyifatkan Shaw sebagai pelopor dan inspirasi dalam bidang kewartawanan.
Dalam khidmatnya, Shaw telah menerima beberapa anugerah ikonik sepanjang masa dari Anugerah Edward R. Murrow (2001) dan The National Association of Black Journalists (2007).
Topic Berkaitan
#Bernard Shaw
#meninggal dunia
#ikon penyiaran
#CNN
#Penyampai berita
#Cable News Network
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan