awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."

Agensi
Agensi
10/02/2026
02:30 MYT
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Persembahan Bad Bunny menjadi tumpuan kerana ia merupakan persembahan Super Bowl pertama yang dipersembahkan sepenuhnya dalam bahasa Sepanyol - faktor utama yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton Amerika. - Gambar Reuters
PERSEMBAHAN separuh masa Super Bowl LX oleh bintang Latin, Bad Bunny, mencetuskan reaksi keras daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang menyifatkan persembahan tersebut sebagai “amat teruk” dan “tidak masuk akal” dalam hantaran di platform Truth Social.
Trump menegaskan persembahan itu merupakan “antara yang terburuk, PERNAH”, malah mendakwa ia tidak mencerminkan nilai kreativiti dan kecemerlangan Amerika Syarikat.
Beliau turut mengkritik penggunaan bahasa Sepanyol secara menyeluruh dalam persembahan tersebut, sambil menyatakan bahawa ramai penonton “tidak memahami sepatah pun” daripada apa yang disampaikan.
Selain itu, Trump menuduh segmen tarian dalam persembahan itu sebagai tidak sesuai untuk tontonan penonton muda.
Dalam ulasannya yang lebih tajam, Trump menyifatkan persembahan Bad Bunny sebagai “slap in the face to our country”, mendakwa ia tidak memberi nilai inspirasi dan tidak seiring dengan pencapaian negara dari segi ekonomi serta rekod pasaran saham semasa.
Presiden AS itu turut berpendapat, media arus perdana “tidak memahami realiti sebenar dunia” dan mungkin akan memberikan ulasan positif tanpa menilai persembahan itu secara objektif.
Persembahan Bad Bunny menjadi tumpuan kerana ia merupakan persembahan Super Bowl pertama yang dipersembahkan sepenuhnya dalam bahasa Sepanyol - faktor utama yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton Amerika.
Walaupun ia dipuji oleh sebahagian peminat, kumpulan konservatif menyuarakan rasa kurang senang terhadap mesej serta simbol budaya yang dipaparkan.
View this post on Instagram
A post shared by Impact (@impact)
Segmen penutup persembahan turut memaparkan mesej perpaduan yang berbunyi: “The only thing more powerful than hate is love.”
Walaupun bertujuan mengajak kepada penyatuan, mesej tersebut tetap tidak diterima oleh Trump dan para penyokongnya.
Di sebalik kritikan itu, terdapat juga suara yang mempertahankan Bad Bunny.
Personaliti media antarabangsa, Piers Morgan misalnya, menyifatkan persembahan itu sebagai antara yang terbaik dalam sejarah Super Bowl, memuji tenaga, koreografi dan mesej perpaduan yang dibawakan oleh penyanyi Puerto Rico itu.
Sebahagian besar segmen persembahan Bad Bunny menampilkan elemen budaya Puerto Rico, termasuk set visual yang diinspirasikan daripada komuniti asalnya.
Persembahan tersebut turut membawa naratif perjalanan seni Bad Bunny sebagai artis Latin yang berjaya ke pentas terbesar acara sukan tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#Super Bowl LX
#Bad Bunny
#Donald Trump
#persembahan Bad Bunny
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan