DUNIA
'Bertindak secara bertamadun' - Kenyataan duta AS cetus kemarahan media Lubnan

Barrack berucap dalam sidang media selepas beliau bersama beberapa senator AS bertemu Presiden Lubnan, Joseph Aoun, di Istana Presiden di Baabda, timur Beirut. - Foto AP
BEIRUT: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Turkiye dan utusan khas ke Syria, Tom Barrack, mencetuskan kemarahan di Lubnan selepas menggesa wartawan tempatan agar “bertindak secara bertamadun” ketika sidang media di Istana Presiden, Beirut.
Ringkasan AI
- Duta AS, Tom Barrack, cetus kemarahan di Lubnan selepas menggesa wartawan agar "bertindak secara bertamadun" dalam sidang media bersama Presiden Joseph Aoun.
- Kenyataan berunsur sindiran itu disifatkan angkuh dan berbau kolonial oleh kesatuan media serta pemimpin Lubnan, yang menuntut permohonan maaf terbuka.
- Presiden Lubnan dan ahli politik termasuk dari Hezbollah kecam insiden itu sebagai penghinaan diplomatik; gesaan dibuat agar kerajaan panggil Barrack untuk penjelasan rasmi.
“Kita akan tetapkan peraturan baharu… tolong diam seketika. Jika keadaan jadi kacau seperti haiwan, kami akan beredar.
"Jadi, kalau mahu tahu apa yang berlaku, bertindak secara bertamadun, bersikap baik dan bertoleransi kerana itulah masalah sebenar di rantau ini,” katanya.
Kenyataan tersebut mencetuskan reaksi pantas daripada wartawan, kesatuan media dan pemimpin Lebanon yang menyifatkannya sebagai angkuh dan berbau kolonial.
Kesatuan Wartawan Lubnan menggesa media Arab memboikot acara melibatkan Barrack sehingga beliau memohon maaf secara terbuka.
Mereka menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan terhadap profesion kewartawanan dan pelanggaran etika diplomatik.
Presiden Lubnan mengeluarkan kenyataan di platform X menyatakan “kesal” terhadap ucapan yang dibuat dari podium rasmi oleh “tetamu luar”, sambil menegaskan penghargaan penuh terhadap wartawan dan peranan mereka dalam tugas nasional.
Menteri Penerangan, Paul Morcos, turut menyuarakan kekesalan terhadap insiden tersebut.
Ahli Parlimen dari Hezbollah, Ibrahim Musawi, menyifatkan kenyataan Barrack sebagai “penghinaan terang-terangan” dan menggesa kerajaan memanggil duta AS untuk memberi penjelasan rasmi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami