POPE Francis mengaku buat pertama kali bahawa wujudnya skandal biarawati didera secara seksual oleh para pendeta di Gereja Katolik, antaranya ada yang disimpan sebagai hamba seks.
Beliau berkata pada Selasa ketika membuat kunjungan ke Timur Tengah, walaupun gereja tersebut sedang menangani isu tersebut, namun perlakuan itu masih berterusan.
“Ada paderi dan juga uskup yang terlibat. Saya percaya ia masih berlaku.
“Ia bukan sesuatu perkara yang lenyap sejurus selepas dibongkar. Perkara ini akan berlanjutan. Pihak kami sudah lama berusaha untuk menangani isu ini,” tambah Francis.
Menurut Francis, Vatican telah pun menggantung para pendeta serta beberapa biarawati yang turut terbabit dalam kes ini yang melibatkan rasuah pada tahap tinggi.
“Adakah tindakan yang lebih tegas perlu diambil? Ya. Adakah kami mempunyai keazaman? Ya,” tegas Francis.
Francis mengenang kembali ketika pendahulunya, Pope Benedict pernah cuba mengambil tindakan terhadap isu sama yang berlaku di Perancis, namun ia tergendala kerana dihentikan oleh orang dalam di institusi Vatican.
Jelasnya: “Pope Benedict pernah menutup satu kumpulan biarawati yang ada antaranya menjadi hamba seks kepada paderi atau pengasas gereja berkenaan.”
Pada November lepas, organisasi biarawati global Gereja Katolik menolak “budaya berdiam diri dan berahsia” yang menghalang mereka daripada berterus terang mengenai isu penderaan seks.
Beberapa hari lepas, majalah wanita Vatican, Women Church World mencerca kes eksploitasi seks tersebut, yang ada antaranya sehingga memaksa biarawati menggugur bayi kepada paderi, walaupun ia diharamkan dalam agama Katolik.
Majalah tersebut turut menambah bahawa gerakan #MeToo membenarkan lebih ramai wanita untuk berhadapan dengan kisah-kisah mereka.
BACA: Polis tahan paderi rogol biarawati
BACA: 3,600 kanak-kanak didakwa dicabul paderi di Jerman
Agensi
Wed Feb 06 2019

Pope Francis berkata, walaupun Gereja Katolik sedang menangani isu penderaan seksual dalam kalangan biarawati, namun perlakuan itu masih berterusan. -Instagram (@franciscus)

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
Ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

Suspek kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari
Suspek yang berusia 24 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.

Suspek kelar bayi, isteri lepas pantang tidak pernah timbul masalah - Jiran
Jiran yang rumahnya berhadapan dengan kediaman suspek di Jalan Dewasa, Bakar Batu, mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.

Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal
Polis merampas sebilah pisau pemotong daging dipercayai diguna oleh suspek untuk mengelar isteri dan anaknya.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi
Beberapa risiko bakal berlaku kepada bayi di bawah usia 2 tahun jika dibawa ke pawagam.

Budak 8 tahun tembak mati bayi di motel
Kematian bayi perempuan itu mengejutkan dan terbaharu dalam siri kemalangan tembakan.

Bapa 'Baby Syifa' diarah tidak buat kenyataan
Mahkamah memerintahkan bapa 'Baby Syifa', Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan kes kematian anaknya di media sosial.

COVID-19: Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun
Seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia pada Isnin.

Polis lakukan siasatan menyeluruh kes kematian Nour Rania Asyifaa
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata siasatan merangkumi keterangan saksi mahupun teknikal, dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.