PHNOM PENH: Sidang kemuncak ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) dijadual diadakan pada 12 hingga 13 Mei di Washington, menurut kenyataan akhbar Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan pada Sabtu.
Pemimpin ASEAN dan Presiden AS Joe Biden akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan cara dan kaedah mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk tindak balas COVID-19 dan keselamatan kesihatan global, perubahan iklim, pembangunan mampan, maritim, pembangunan modal insan, pendidikan dan hubungan antara rakyat serta kerjasama ekonomi.
"Pemimpin ASEAN dan AS akan melakar hala tuju masa depan hubungan ASEAN-AS dan berusaha untuk meningkatkan lagi perkongsian strategik untuk faedah bersama," menurut kenyataan itu.
Para pemimpin juga akan mengulangi komitmen bersama untuk menegakkan perpaduan dan kepaksian ASEAN melalui mekanisme sedia ada, serta memupuk kepercayaan serta keyakinan demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.
Sidang kemuncak itu pada awalnya dijadualkan pada 28 hingga 29 Mac tetapi ditangguhkan berikutan beberapa pemimpin ASEAN tidak dapat menyertainya.
Kemboja adalah Pengerusi ASEAN untuk 2022.
Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Pemimpin ASEAN dan Presiden AS Joe Biden akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan cara dan kaedah mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang. - Gambar fail/AP
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Biden dijadual bertemu pemimpin ASEAN pada Mei
Sidang kemuncak ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) dijadual diadakan pada 12 hingga 13 Mei di Washington, menurut kenyataan akhbar Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan pada Sabtu.