Biden marah, sedih pengeboman hospital di Gaza

Astro Awani
Oktober 18, 2023 00:40 MYT
Biden menegaskan, Amerika Syarikat komited melindungi kehidupan orang awam semasa konflik. - Gambar fail
PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden melahirkan rasa marah dan sedih dengan pengeboman Israel ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.
Dalam kenyataan pada Rabu, Biden berkata, beliau menghubungi Raja Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sejurus mendapat berita pengeboman hospital berkenaan.
"Saya sangat marah dan sedih dengan kejadian pengeboman di Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza dan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat.
"Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk terus mengumpul maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Kira-kira 500 rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di hospital Gaza semalam yang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.
Letupan itu adalah insiden berdarah paling teruk di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat itu paad 7 Okt, sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel.

I am outraged and deeply saddened by the explosion at the Al Ahli Arab hospital in Gaza, and the terrible loss of life that resulted. Immediately upon hearing this news, I spoke with King Abdullah II of Jordan, and Prime Minister Netanyahu of Israel and have directed my national

— President Biden (@POTUS) October 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biden menegaskan, Amerika Syarikat berdiri teguh untuk melindungi kehidupan orang awam semasa konflik.
"Kami meratapi pesakit, kakitangan perubatan dan orang lain yang tidak bersalah yang terkorban atau cedera dalam tragedi ini," ujarnya.
#Perang Palestin-Israel #bom hospital #Joe Biden #Gaza