awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan

Agensi
Agensi
23/02/2022
06:41 MYT
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Sumber memaklumkan bahawa Washington setakat ini telah mendapat sokongan dari Singapura, Jepun dan Taiwan untuk melaksanakan kawalan eksport ketat ke atas Rusia. - Reuters
PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dilaporkan sedang berunding bersama ekonomi-ekonomi besar Asia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk mengenakan sekatan besar dan kawalan eksport ke atas Rusia ketika ketegangan antara Rusia dan Ukraine terus memuncak.
Memetik laporan Foreign Policy, tiga sumber memaklumkan bahawa Washington setakat ini telah mendapat sokongan dari Singapura, Jepun dan Taiwan untuk melaksanakan kawalan eksport ketat ke atas Rusia.
Ia sebahagian daripada pakej sekatan yang lebih luas bagi melumpuhkan ekonomi dan sektor teknologi Rusia sekiranya Kremlin mengambil langkah menceroboh Ukraine secara besar-besaran.
Singapura, Jepun dan Taiwan merupakan pengeluar utama semikonduktor, cip komputer serta barangan teknologi eksport lain yang diimport Rusia.
Menurut tiga sumber tersebut, perkembangan terbaharu menunjukkan kesan-kesan susulan daripada penguatkuasaan program sekatan yang menyasarkan Moscow.
Sebarang sekatan ekonomi terhadap Rusia turut akan mengakibatkan impak susulan melangkaui sempadan Eropah.
Menurut Foreign Policy, pelan itu selaras dengan strategi baharu dalam dunia peperangan ekonomi, sepertimana Amerika Syarikat baru-baru ini menyasarkan gergasi teknologi China, Huawei.
Dasar tersebut yang dikenali sebagai Perintah Produk Langsung Asing (Foreign Direct Product Rule) meluaskan bidang kuasa Amerika Syarikat ke atas produk-produk yang dibuat dengan teknologi atau perisian buatan Amerika, termasuk produk yang dibuat di luar negara oleh syarikat asing tanpa sebarang hubungan dengan Amerika.
Jika berkuat kuasa, lebih banyak sektor ekonomi Rusia akan terkesan berbanding sekatan tradisional.
Ia termasuk menyekat Rusia daripada mengimport teknologi kritikal buat sektor minyak dan gas, maritim, pertahanan dan penerbangan, serta menyekat pengimportan kereta, telefon pintar dan barangan elektronik lain.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Amerika
#Biden
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan