awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden umum lantikan 6 jawatan penting, beri bayangan pulihkan dasar luar AS

Agensi
Agensi
23/11/2020
22:56 MYT
Biden umum lantikan 6 jawatan penting, beri bayangan pulihkan dasar luar AS
Biden dalam manifestonya sebelum ini berjanji akan membina kerajaan dengan pelbagai latar belakang dalam sejarah moden. -REUTERS
WASHINGTON:Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin mengumumkan enam jawatan penting dalam pentadbirannya selepas dilantik secara rasmi.
Sebahagian besar jawatan itu bakal diisi individu daripada pentadbiran Barack Obama.
Biden turut memberi bayangan untuk memulih dan mengembalikan kembali dasar luar AS.
Pengumuman itu memberi bayangan White House bakal beralih daripada polisi tertutup yang diamalkan Presiden Donald Trump sebelum ini.
Ia juga petunjuk jelas kembalinya hubungan AS dan dunia, seperti dijanjikan dalam kempen Biden untuk mewujudkan pentadbiran yang memenuhi kepelbagaian populasi di negara itu.
Biden menamakan penasihatnya Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara.
Peguam Alejandro Mayorkas dinamakan sebagai Setiausaha Dalam Negara.
Sementara itu, Jake Sullivan pula dilantik sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan.
Linda Thomas Greenfield dinamakan sebagai Duta ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara bekas Setiausaha Negara, John Kerry dilantik sebagai utusan khas bagi perubahan iklim.
Pengumuman berhubung struktur pentadbiran dibuat Biden ketika Trump belum mahu mengaku kalah dalam Pilihan Raya Presiden.
Biden dalam manifestonya sebelum ini berjanji akan membina kerajaan dengan pelbagai latar belakang dalam sejarah moden.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Kabinet Baharu
#Amerika Syarikat
#pilihan raya
#Donald Trump
#Barack Obama
#Setiausaha Negara
#Alejandro Mayorkas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan